( 22 ) - Chekhov's Gun

118 11 23
                                    


Hmm, amende plak 'Chekhov's Gun' ni, ekk? Sejenis senjata pemusnah ke? Bom atom kot? Ke senjata yang digunakan Rusia untuk menyerang Ukraine? Mungkin jugak pistol mainan buatan Czechoslovakia? Atau tajuk sebuah filem aksi Rusia kot? 🙃

Hmm, semuanya kat atas tu salah. Di entry  kali ini aku nak berbicara pasal dunia penulisan. Aku nak perkenalkan kat korang satu istilah yang sinonim dalam sesuatu karya kreatif (cerpen, novel, drama, teater & filem) Kalau berminat, teruskan je pembacaan korang. Kalau tak berminat pun tak ape.. hee.  


Anton Pavlovich Chekhov, seorang karyawan seni, penulis drama pentas & cerpen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anton Pavlovich Chekhov, seorang karyawan seni, penulis drama pentas & cerpen. Lahir di Taganrog, Rusia pada tahun 1860. Dia memperkenalkan teknik 'Chekhov's Gun' dalam berkarya. Iaitu satu teknik atau aturan dalam penceritaan. Di mana, adegan awal yang memfokuskan sesuatu perkara/benda akan berkesinambungan dengan adegan/babak berikutnya. Untuk memudahkan korang faham, contohnya cam kat bawah ni.

Sebuah drama pukul tujuh di TV3suku bertajuk 'Atuk Itu Laki Nenek Aku'. Lakonan Patah Aman sebagai Tok Leman & Sasha Kaembong sebagai Nek Melah. Kedua laki bini itu sedang berbasikal ke pekan untuk membeli TV Toshibaba 60 inci. Adegan lain menunjukkan sebatang paku tiga inci terpacak di jalan di mana laki bini itu akan lalu sebentar lagi. Nak dijadikan cerita, sedang asyik Tok Leman mengayuh membawa bininya di seat  belakang, tiba-tiba. Pom! Tayar basikal hadapan pecah. Melambung laki bini itu terus jatuh ke dalam parit yang deras airnya. Mayat mereka berdua hanyut hingga ke Gold Coast, Ostolia 🙃

Hmm, di mana 'Chekhov's Gun' nya? Okey, di sini, pada adegan awal ditunjukkan paku. Then, tayar meletop. So, para penonton dah tau ianya disebabkan terkena paku tiga inci tu, kan? Itu le konsep 'Chekhov's Gun'. Benda atau perkara yang ditunjukkan pada awalnya akan ade akibat & natijah di babak berikutnya. Faham ke? Hee. Kalau nak lebih memahami konsep ini & kenapa ade perkataan 'gun'  tu, korang kena Google sendiri.

Aku bet, ramai pengarah kat Malaysia tak tau pun pasal konsep Anton Chekhov ni. Sebab dia orang mengarah dari pengalaman berlakon, kerja di belakang tabir, jadi pak pacak, jurusolek, jurukamera, penyunting, runner  & lelain. Dia orang tak pernah menuntut ilmu penulisan skrip & ilmu pengarahan dari institusi yang berkaitan. Hee, jangan marah wahai Tuan Direktor SeMalaysia! 

Filem 'Mat Kilau'? Hmm, lebih baik aku layan lagu-lagu M.Daud Kilau.. hati jadi tenang & jiwa tenteram, baq hang.. 😁



Makanya, dalam semua karya aku ade diselitkan & aku gunakan konsep tersebut. Kat bawah ni aku senaraikan beberapa contoh. Korang boleh nilai & fikirkan sendiri 😄


JENG, JENG, JENG..!!!


1  Budak Bukit (Aidan & Maswira mandi di air terjun.. ada mata memerhati dari semak-semak..  di chapter  selepas tu baru Ehsan bagitau kat Aidan dia yang skodeng time  depa mandi tu)

2  Budak Bukit (Kekawan Aidan ambik kondom simpan dalam poket.. then  kondom tu dibuat senjata meletup-letup untuk takutkan dingo. Ingat lagi?)

3 Budak Bukit (kapal terbang jet lalu mengaum di angkasa.. then  pada masa sama ade dua babak berbeza yang berkaitan dengan jet tu)

4  Kucing Lorong (Ryan makan epal, kupas dengan pisau yang tajam.. then  dia guna pisau tu untuk balas dendam kat Cikgu Hanif)

5  Imanul (Fazrin bagi rantai & pesan suruh Imanul pakai banyak boxer. Then  baru reader  tau yang pada Malam Mini Orientasi tu akan ade permainan selesaikan beberapa task  yang boleh buat Imanul malu kalau dia gagal laksanakannya)

6  Budaknap (Irfan & Armin ajak Syahim ronda berbasikal di taman tapi budak nyah tu tolak & bagi alasan ade kelas jahitan & gubahan bunga.. sebenarnya dia ade sebab lain yang hanya akan dapat korang tau di next chapter.. hee)

7  Tadpole - Toyol Kondo (Anas nampak kaca botol yang pecah & ade kesan tapak kaki pada lantai yang berair.. then  baru dia tau bila Aunty Grace terangkan tentang Dewey)

8  Tadpole - Rumah Kebun Koko (Makcik Zara sorang janda jual nasi lemak.. then  terjadi satu insiden kat pekan masa dia nak beli bahan-bahan buat nasi lemak dia tu)

9  Tadpole - Bila Armi Pusing Kampung (Watak utama, Armi, betul bendul & straight  macam pembaris tapi banyak logik dalam percakapan serta ideanya, walaupun orang kampung kata dia gila.. then  pada hujung-hujung cerpen readers  akan tau kenapa dia jadi macam tu.. hmm)

10  Empati - (Hizuan sering terdengar ade orang di luar rumahnya macam sedang skodeng dia.. then  di chapter  berikutnya baru dijelaskan itu kerja si ehem ehem.. hee)

11 - Empati (Hizuan terima banyak duit dari mak dia.. then  dalam chapter  berikutnya baru dia tau sebab ape & untuk ape duit tu dikirim)



Sebenarnya, terlalu banyak contoh 'Chekhov's Gun' dalam karya-karya aku. Kalau korang bijak bestari tentu korang pun boleh kesan & nampak konsep ciptaan Anton Chekhov tu dalam semua novel aku, kan? Cer bagi beberapa contoh, tapi kalau tak nak bagi pun tak ape. Aku tak kisah.. hmm 😑


Bye, jumpa lagi di lain keluaran.





• TUEasa | 28062022 | 799 words •

• hal𝓉 •Where stories live. Discover now