( 7 ) - Mi Segera

212 15 22
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


• Mi segera? Hmm, siapa yang tak pernah melantak & menikmati makanan ruji ni, kan? Tapi walau sedap, mudah & murah, makanan ni ade keburukan yang terserlah namun dipandang sepi je oleh para penggemarnya.

Boleh ke makan mi segera dengan kerap? Jawapan aku boleh, tapi kena ikut tujuh cara yang aku praktikkan kat bawah ni.. hee  😁🍜


Jeng.. jeng.. jeng ♫♪

1 • Beli mi segera jenama yang dah establish  je especially  yang dikilang kat dalam Malaysia. Sebab? Dijamin halal & bersih, juga sedap. Jangan beli mi jenama pelik-pelik & terlalu murah harganya. Atau yang dijual cara borong sebundle  tu.

2 • Setiap kali menyediakan/masak mi please  guna hanya separuh je serbuk perisa/bumbu. Sebab? Serbuk tu ade MSG, garam & bahan-bahan lain yang tak baik untuk kesihatan rohani serta jasmani, termasuk arr sistem reproduktif kita.. hee

3 • Kalau nak bubuh gak semua serbuk perisa/bumbu tu, boleh, tapi jangan plak korang hirup hingga habis kuahnya nanti. Kalau boleh, makan mi je dengan sikit kuah & buang kuah yang masih ade separuh tu. Tapi bagi penggemar mi segera, kuah itu arr yang paling best, kan?

4 • Jangan beli mi yang di dalam cawan plastik tu. Sebab? Air panas/mendidih akan bertindak balas ngan plastik cawan tu & akan mengakibatkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Mungkin akan beri kesan bila korang dah bergelar datuk atau nenek nanti.

5 • Sebelum dimasak, korang rendamkan dulu mi dalam air panas. Sebab? Mi tu disalut ngan sejenis lilin/wax  untuk bagi cantik, tahan lama & keras. So, kalau direndam air panas, sedikit sebanyak lilin tu akan cair & terpisah. Then, toskan & basuh mi tu sebelum dicampurkan serbuk perisanya. Aku dah pernah test  & memang air dia keruh & cam berlilin je.. eee 😬

6 • Kalau masak mi, jangan arr kosong je. Masukkan gak bahan-bahan lain umpamanya telur, udang, ayam, daging serta pelbagai jenis sayur-sayuran yang sesuai untuk tambahkan khasiatnya. Cuma jangan masukkan sardin tinlengkuas, bendiperia, mangga muda atau ubi kayu je. Walaupun boleh, tapi tak sedap, percaya le.. hee 😁

7 • Jangan kebas mi segera kepunyaan kawan, adik-beradik, member  sedorm  atau rakan sepejabat. Sebab? Berdosa makan benda curi ni, tak berkat dunia akhirat.. hee


Hmm, itu je cara yang selalu aku praktikkan kalau teringin sangat nak makan mi segera. FYI, aku selalu beli mi jenama Maggi atau Cintan je sebab ia sedap & mi pun rasa best  semacam je, kan? Bukan nak tolong promote  cuma nak habaq je (aku sesen pun tak dapat!)

Tapi dah lama gak aku tak makan mi segera. Aku ade disiplin tinggi kalau berkaitan ngan makanan segera ni.. hee 😁


• Teringat kenangan time  kat hostel  dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Teringat kenangan time  kat hostel  dulu. Masak air dalam baldi guna heater  cam gambar kat atas tu.. hee. Ade gak member  yang terdesak pakai air sejuk je. Tapi aku tak pernah try  pun sebab naik melugai (rasa nak termuntah) aku tengok. Tapi itu le kenangan indah time  bebudak dulu. Tak akan berulang lagi & tak akan aku lupa.. hmm


Maklumat tambahan : Cintan merupakan jenama mi segera yang paling awal di Malaysia (tahun 1969) Lama, kan? Dulu harganya cuma RM 0.20 je sebungkus. Hmm..


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




• SUNhad | 02052017 | 587 words •

• hal𝓉 •Where stories live. Discover now