Hmm, tajuk entry kali ni memang ade nampak kemaluannya bila filem kita copy paste, tiru & klon bulat-bulat dari filem luar (Hollywood & Hong Kong) Lebih memalukan lagi bila tak ade langsung dibagi kredit kepada filem asal tersebut. Entah le, kot aku tak perasan ke ape. Bagi para penonton yang tak tau itu filem tiruan, akan memuji-muji & menyanjung filem Melayu klon tu.
Sebenarnya, banyak je filem kita yang tiru & masukkan idea dari filem luar, tapi tak arr sampai meniru bulat-bulat. Itu boleh diterima sebab cuma ambik sebahagian jalan citer atau babak je. So, kat bawah ni aku senaraikan lima filem kita yang copy paste filem luar yang aku maksudkan tu. Aku tak refer dari mana-mana sumber tentang filem tiruan ni. Aku tonton & buat penilaian sendiri filem-filem tu kecuali 'Bencinta' & 'Biko', sebab aku tak layan filem Malaysia di era tahun 2000-an ni. Filem lakonan Farid Kamil tu aku cuma baca sinopsisnya je.. hee. Tapi kalau korang tonton filem tu, cer bagi komen & bandingkan ngan filem 'Enough' lakonan Jennifer Lopez. Filem 'Biko' plak aku cuma tengok trailer je & 100% yakin ia klon dari filem Hong Kong.
1 Adik Manja (Whose Baby Is In The Classroom/Hong Kong)
2 Loceng Maut (The Bells Of Death/Hong Kong) ini memang sah klon sebab tajuk pun sama.. hee 😁
3 Rahsia (The Changeling/Hollywood)
4 Bencinta (Enough/Hollywood)
5 Biko (All About Ah-Long/Hong Kong)
Adik Manja (1980)
Whose Baby Is In The Classroom (1969)
Loceng Maut (1976)
The Bells Of Death (1968)
Rahsia (1987)
The Changeling (1980)
Bencinta (2013)
Enough (2002)
Biko (2022)
Filem 'Biko' memang sebijik macam filem kat bawah ni. Cuma tak ade arr babak budak tu telanjang macam filem Hong Kong tu, sebab budak Melayu pemalu, kan? Hee 😆
All About Ah-Long (1989)
Hmm, ironinya, dua filem Melayu yang masuk senarai tu kebetulan diarahkan oleh pengarah tersohor, Othman Hafsham, iaitu Adik Manja & Rahsia 🙄
• WEDabu | 02022022 | 314 words •
![](https://img.wattpad.com/cover/124433102-288-k596090.jpg)
YOU ARE READING
• hal𝓉 •
Non-Fiction• Cam ni cam tu • • Beberapa coretan non-fiction dari logik akalku. Namun tak semestinya akan dipersetujui oleh khalayak. Manusia ada pendapat yang tersendiri & tak terikat dengan insan lain. Terpulang kepada korang untuk bersetuju atau menyangkal...