• Ini merupakan karya kelapan aku kat Wattpad. Untuk pengetahuan korang, ini karya lama, aku cuma unpublished sekejap (empat tahun je.. hee), sekarang baru nak diaktifkan balik. Sebenarnya, ade lima lagi karya aku yang belum publish, masih dalam simpanan. Tapi, memandangkan karya-karya yang sedia ade ni pun makin kurang sambutan, maka korang tak akan berpeluang untuk layan enam novel tu. Iaitu Dive, Anak Hantu Tinggi, Gostan, North Sea Evil & SHC (spontaneous human combustion) Hmm.. so sad 😭
FYI, 'Fjord' dah aku publish pun pada 6 Ogos lalu dengan cover baru. Tunggu je chapter pertama citer tu, ekk?
LIMA KARYA AKU YANG MASIH TERSIMPAN DALAM MUZIUM PERIBADI
• 'Halt-Cam Ni Cam Tu' adalah coretan aku secara santai (bukan topik yang serius pun) berdasarkan dari pemikiran & logik akal aku. Ia tak semestinya akan dipersetujui & disokong oleh para pembace sekalian. Namun, luangkan sedikit masa korang untuk berfikir akan idea & coretan aku ni. Tak salah, kan? 🤗
• Juga, dalam 'Halt' ini aku akan coretkan ape je yang aku suka, antaranya termasuklah kisah-kisah lucu dari pengalaman atau pemerhatian aku sejak kecil. Ape yang penting, semua itu bukan aku copy paste daripada orang lain. Hanya dari idea aku sendiri dengan sedikit kajian time mengGoogle .
• Don't worry, korang tak perlu vote atau komen pun sebab segala isi kandungan dalam 'Halt' ni aku hasilkan tanpa perlu memerah otak mencari idea sebagaimana menghasilkan sesebuah novel yang di dalamnya ade plot, aksi, naratif, watak-watak, latar tempat & sebagainya. 'Halt' ni tak akan buat aku kehilangan mood mengarang walau tanpa feedback dari para readers. Tapi, kalau nak vote & komen, anda dialu-alukan.. hee 😁
YOU ARE READING
• hal𝓉 •
Non-Fiction• Cam ni cam tu • • Beberapa coretan non-fiction dari logik akalku. Namun tak semestinya akan dipersetujui oleh khalayak. Manusia ada pendapat yang tersendiri & tak terikat dengan insan lain. Terpulang kepada korang untuk bersetuju atau menyangkal...