Hmm, lama gak aku tak buat entry kat 'Halt' ni, ekk? Asyik dok update 'Kikilala' je. Okey, kali ni aku nak buat satu lagi kuiz tapi bukan pasal lagu atau filem. Ini pasal perkataan Bahasa Melayu plak, yang selalu kita guna dalam kehidupan seharian.
Kalau ade antara korang yang boleh jawab dengan tepat, aku akan bagi hadiah kat semua sekali. Eh, cam mana plak tu? Cam ni, kalau ade yang jawab betul, aku akan melipatgandakan usaha aku untuk publish chapter terbaru 'Imanul' dengan seberapa segera. Sekarang ni aku hanya dapat karang dalam 5% je chapter tu. Malas rasanya, mood tak mari. Tapi kalau korang teka betul, kena le aku karang selaju yang boleh tak kira masa.. hee. Okey tak?
Ape soalannya tu? Hmm, korang tengok je 24 perkataan yang aku senaraikan kat bawah ni. Soalannya plak ade kat akhir hujung di bawah sana tu. Jawab, jangan tak jawab!
1 TALI
2 ALAM
3 SILAP
4 MATI
5 LAKI
6 KAKAK
7 MAUT
8 MASUK
9 AWAS
10 MARAK
11 IBAN
12 KITAB
13 LAMA
14 HARAM
15 IBU
16 PADAH
17 BILAS
18 LAWAK
19 KATAK
20 SALAM
21 PARUT
22 MALU
23 RAGA
&
24 AIS
SOALANNYA:
APAKAH PERSAMAAN DI ANTARA KESEMUA 24 PERKATAAN TERSEBUT?
Senang je, kan? Bebudak derjah tiga pun boleh jawab ngan tepat & jitu. Tapi, harap-harap tak ade la reader yang berjaya meneka ngan betul, sebab malas rasanya nak mengarang citer 'Imanul' tu.. hee 🙃
Jawapan korang nanti mungkin akan bersifat subjektif, melucukan, saintifik, teknikal, kreatif & pelbagai lagi. Oleh itu, hanya jawapan dari aku je, iaitu sebagai juri mutlak yang akan diterima sebulat suara. Sebarang surat mengurat yang bertujuan untuk mengayat & mempengaruhi aku, tak akan dilayan. Tiada aduan yang boleh difailkan ke atas aku berhubung dengan kuiz ini.. hee 😂
• TUEasa | 13092022 | 275 words •
YOU ARE READING
• hal𝓉 •
Non-Fiction• Cam ni cam tu • • Beberapa coretan non-fiction dari logik akalku. Namun tak semestinya akan dipersetujui oleh khalayak. Manusia ada pendapat yang tersendiri & tak terikat dengan insan lain. Terpulang kepada korang untuk bersetuju atau menyangkal...