Eh, entry aku kali ni pun asyik dok mention pasal nama lagi. Tapi kali ni aku nak senaraikan nama selebriti Hollywood, barat & internasional yang simple, mudah dieja, senang diingat & pendek je tapi beri kesan pada semua peminat. Ops, aku tak nak membebel banyak-banyak, korang tengok je kat bawah ni. Kalau korang teringat nama-nama lain & nak tambah, dipersilakan komen di sebelah. Masih ramai lagi selebriti kat luar sana tu, kan? Cuma jangan namakan selebriti tempatan kita je, sebab aku tak berahi. Tapi kalau tak nak pun tak ape, aku cool je.. hee 🤪
Jeng jeng jeng...
1 Mako (pelakon)
2 Cher (pelakon/penyanyi)
3 Bono (penyanyi U2/komposer)
4 Mr T (ahli gusti/pelakon)
5 Common (penyanyi/pelakon)
6 Prince (penyanyi/pelakon)
7 Madonna (penyanyi/pelakon)
8 Sting (penyanyi/pelakon)
9 Seal (penyanyi/penulis lagu)
10 The Rock (ahli gusti/pelakon)
11 Ice-T (penyanyi/pelakon)
12 Ice Cube (pelakon)
13 Topol (pelakon)
14 Edge (ahli gusti)
15 Jewel (penyanyi)
16 Pitbull (penyanyi)
17 Akon (penyanyi)
18 Usher (penyanyi/pencipta lagu)
19 Psy (penyanyi Korea)
20 Pran (pelakon legenda Bollywood)
21 Mehmood (pelakon legenda Bollywood)
22 Jet Li (pelakon Hong Kong/China)
23 MGR (superstar filem Tamil)
24 Dhanush (pelakon filem Tamil)
25 Sabu (pelakon lagenda Hollywood)
26 Tabu (pelakon Bollywood)
27 Bjork (penyanyi/pelakon Iceland)
28 McG (pengarah filem Hollywood)
29 Enya (penyanyi Ireland)
30 Lobo (penyanyi/pencipta lagu) Untuk pengetahuan korang, penyanyi lagenda Amerika ini pernah merakamkan sebuah lagu P.Ramlee (Whispers In The Wind) & menyanyikannya dengan cara tersendiri di dalam Bahasa Inggeris. Hmm, korang dengar video lagu kat bawah ni. Cer teka lagu ape?
Okey, setakat ini je yang aku boleh senaraikan. Nanti kalau ade masa aku akan tambah lagi. Sebenarnya masih ramai lagi selebriti yang ade kat luar sana cuma tak sepopular & tak segah dia orang yang aku mention ni.
• TUEsa | 15062021 | 400 words •
YOU ARE READING
• hal𝓉 •
Non-Fiction• Cam ni cam tu • • Beberapa coretan non-fiction dari logik akalku. Namun tak semestinya akan dipersetujui oleh khalayak. Manusia ada pendapat yang tersendiri & tak terikat dengan insan lain. Terpulang kepada korang untuk bersetuju atau menyangkal...