( 34 ) - Kuiz Pasal Imanul

134 10 45
                                    


DI HARI AHAD YANG INDAH NI LAYAN DULU LAGU KLASIK KAT ATAS TU 

•••♦◄♥►♦•••

Horey, sekali lagi kita berkuiz! Cam biasa, ade hadiah/ganjaran terhebat menanti korang semua. Ya, korang semua. Sebab, kalau ade sorang je pun yang menjawab ngan betul, semua reader  yang mengikuti karya aku akan dapat keuntungannya.. hee. Dah cam main saham plak, ekk?

So, ape hadiahnya tu? Hmm, sama gak cam sebelum ni. Aku akan lipat gandakan usaha & tenaga aku, siang malam untuk siapkan next chapter  untuk semua karya-karya aku yang sedang ongoing. Termasuk le chapter  pertama 'Jangan Menangis Joni (JMJ)'

Tak dinafikan, semakin banyak feedback, vote, komen & interaktif antara korang & aku membuatkan mood  serta semangat aku melonjak tinggi. Aku jadi seronok mengarang & makin berduyun idea yang menerpa masuk. Tapi, kalau korang makin sepi, maka aku pun jadi tersangat le malasnya nak menaip walau sepatah perkataan. 

Kami, para author  kat Wattpad tak dapat ganjaran duit pun. Cuma rasa bangga, seronok & syok je bila karya dibace & dibagi bermacam-macam feedback. Tapi bukan feedback  bersifat menghentam & kutuk mengutuk. Itu akan buat semangat kami merudum. Malah, mungkin akan buat seseorang author  tu terus menyepi & hilang dari dunia Wattpad ni.

Karya kami kat sini bukan karya agung & perlu ikut peraturan penulisan novel yang khusus. Isinya pulak, dari pengalaman atau kecenderungan kami. Kat sini, kami cuma nak bersantai & enjoy  je. Kalau nak isi yang berilmiah, bace je buku teks sekolah, kan? Atau buku-buku serius yang berlambak di luar sana. Wah, makin banyak plak aku melalut ngan penuh semangat.. hee 🙃

So, ape soalan kuiz kali ni? Jeng.. jeng.. jeng ♫♪

SOALANNYA:

Dalam chapter  19 & 20 'Imanul', ade berapa banyak unsur-unsur Chekhov's Gun yang aku gunakan? Senang je, kan? Budak kolej atau universiti pun tak tentu boleh jawab.. hee 😁

Jawapan korang mungkin akan berbunyi cam ni, ade satu, dua, tiga, sepuluh, dua puluh atau lapan puluh unsur Chekhov's Gun tapi kena le bagi contohnya sekali. Kalau just  jawab cam tu dah tentu ade yang kena & betul, kan? Hee

Nak tau ape itu Chekhov's Gun? Cer refer entry  'Halt' sebelum ini. Selamat menjawab.

Cam biasa, peraturannya tetap sama cam sebelum ni. Jawapan korang nanti mungkin akan bersifat subjektif, melucukan, saintifik, teknikal, kreatif & pelbagai lagi. Oleh itu, hanya jawapan dari aku je, iaitu sebagai juri mutlak yang akan diterima sebulat suara. Sebarang surat mengurat yang bertujuan untuk mengayat & mempengaruhi aku, tak akan dilayan. Tiada aduan yang boleh difailkan ke atas aku berhubung dengan kuiz ini.. hee 😂


INI ARR MODEL SENSASI YANG BAWA WATAK UTAMA DALAM CITER 'JANGAN MENANGIS JONI, JMJ'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

INI ARR MODEL SENSASI YANG BAWA WATAK UTAMA DALAM CITER 'JANGAN MENANGIS JONI, JMJ'. NAK TAU TAK SIAPA DIA? KORANG KOMEN JE KAT BAWAH TU, NANTI AKU INBOX/PM  KORANG. BOLEH SAMA-SAMA FOLLOW IG  DIA.. HEE 😁



Okey, sekian, selamat menjawab. Harap-harap, tak ade le antara reader  yang jawab ngan betul sebab, boleh arr aku relaks & lambat sikit mengupdate. Pergh, jahatnya aku.. hee 😁





• SUNhad | 25092022 | 496 words •

• hal𝓉 •Where stories live. Discover now