5

253 71 77
                                    


"Kau betul mengorat dia ke lepas aku cakap macam tu haritu?!" Renjun menjerit lalu menutup mulutnya dengan kedua dua tangan. Matanya membulat besar melihat Minyoung, masih lagi tidak percaya akan situasi ketika itu.

Namun sebaik sahaja dia menerima sebuah tatapan seakan akan amaran terakhir sebelum akan berlakunya pembunuhan daripada Minyoung, Renjun cuba untuk mengawal dirinya daripada bersikap seperti orang yang tidak normal di situ. Renjun ditarik kasar oleh Minyoung untuk mendekatinya.

"Bukanlah! Kawan aku. Kau bolehlah temankan dia sementara aku ada hal sekejap eh" minta Minyoung separa berbisik di telinga Renjun dan kemudian membuatkan Renjun tersenyum serong, memandang Minyoung dengan tatapan mengusik.

"Iyeeeeeekeeee kawan~ kenapa aku kena teman dia pulak? Kau tak sanggup tinggalkan dia seorang diri sementara kau pergi? Hah? Kenapa kau tak pernah buat macam tu pun kat aku? Iyeke ni kawannnnnn~" Jari telunjuk Renjun diputar putarkan di hadapan wajah Minyoung, masih lagi dengan tatapan mengusiknya.

Minyoung lalu menggulingkan bebola matanya apabila mendengarkan usikan daripada Renjun. Jari telunjuk Renjun dipegang olehnya dan dibawa turun ke bawah.

"Dia kawan yang istimewa. Bukan macam kau, tak istimewa" balas Minyoung dan kali ini mendapatkan reaksi yang sangat 'wow' daripada Renjun.

Renjun memegang dadanya main main, seakan akan tersakiti akan kata kata Minyoung sebentar tadi. Tidak mahu bermain main dengan Renjun lagi, Minyoung menolak belakang badan Renjun menghampiri seseorang yang sedang duduk pada sebuah bangku di sekitar kawasan itu. Minyoung memandang seseorang itu dengan tatapan mesra.

"Awak, saya ada hal sekejap tau. Ni saya tinggalkan dia dekat sini. Selamat tinggal!" Ujar Minyoung terburu buru sebelum dia berlalu meninggalkan mereka berdua dengan laju.

Setelah melihat bayangan Minyoung yang semakin menghilang, Renjun kemudian memutarkan badannya agar berhadapan dengan lelaki seorang lagi di situ. Kawan istimewa Minyoung. Renjun tersengih melihatnya. Tanpa ragu ragu, dia mengambil tempat duduk disebelah lelaki itu dan menghulurkan tangan kepadanya.

"Hi! Aku Renjun, selamat berkenalan" ujar Renjun basa basi.

"Haechan.."

Haechan membalas huluran dan senyuman yang dia dapat daripada Renjun. Setelah itu, mereka hanya diam antara satu sama lain. Sama ada Renjun ataupun Haechan, kedua duanya tidak tahu mahu mengutarakan topik apa untuk dibual bersama sama.

Renjun.

Haechan mula menggenggam pakaiannya. Sebenarnya, ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya dan dia mahu bertanyakan sesuatu itu kepada Renjun. Bukannya dia tidak nampak akan kemesraan yang ditunjukkan oleh Renjun dan Minyoung dari jauh tadi. Haechan mula membetulkan suaranya.

Berani.

"Renjun—kau kawan Minyoung?"

Mendengarkan pertanyaan itu, Renjun menolehkan kepalanya dan memandang Haechan. Dia lalu menganggukkan kepalanya berkali kali.

"Haah, kawan sejak kecil" Renjun membalas sambil terkekeh kecil.

Kini, Haechan pula menganggukkan kepalanya. Tetapi, kenapa dia masih tidak puas akan jawapan itu? Ataupun dia harus bertanyakan soalan yang lain untuk mendapatkan jawapan yang dia inginkan? Haechan bermain main dengan bibirnya sambil memikirkan soalan yang baharu. Sudah hampir 2 bulan dia berkawan dengan Minyoung, dan ini adalah kali pertama dia bertemu dengan lelaki ini.

"Kau ada sukakan seseorang?..."

Dan untuk kali ini,

Haechan mahu menampar dirinya sendiri akibat daripada pertanyaan pelik yang datang daripada dirinya sendiri. Renjun malah mengerutkan dahinya. Namun untuk berfikir dengan positif, mungkin ini sahaja cara yang difikirkan oleh Haechan untuk meneruskan perbualan di antara mereka. Berniat untuk menjawab soalan itu, Renjun kemudian menganggukkan kepalanya.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now