1

633 97 160
                                    

[2021]

"Haechan minta maaf.."

Haechan berkata seorang diri sambil menggengam bajunya dengan erat. Kini dia hanya berseorangan di tingkat atas sekali bangunan tinggi kampus itu, tanpa pengetahuan sesiapa. Sama ada keluarga mahupun rakan rakannya. Beg sekolah yang disandangkan di belakang tadi, terus dilepas dan dicampakkan ke sebelah.

Haechan melihat permandangan pesat bandar raya dari atas sebelum dia mengesat air matanya yang sedang laju mengalir tidak berhenti dari tadi. Dia menyedut perlahan udara nyaman sekeliling untuk kali yang terakhir sambil memejamkan matanya dengan rapat. Tangannya yang sedang hebat menggigil, dibawa mengesat air matanya untuk sekali lagi.

Lelah.

Dia sudah letih menjalani kehidupan seharian miliknya yang sungguh tidak berpihak kepada keadilan untuk dirinya. Mengapa harus dia? Mengapa Tuhan memilih dia untuk menempuhi ketidakadilan ini? Mengapa harus memilih dia yang masih baru ingin mengenali maksud dunia yang sebenar?

Haechan sudah tidak nampak sinar kebahagiaan untuk dirinya sendiri jika dia teruskan semangat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Mungkin ini adalah pilihan yang terbaik yang sepatutnya dilakukan olehnya.

Haechan membawa kakinya memanjat penghadang bangunan yang memisahkan ruang tingkat itu dan permandangan di luar. Dia mula tersenyum sayu apabila pandangan matanya melihat orang ramai di bawah yang sedang bahagia dengan kehidupan mereka yang begitu sempurna daripada tempatnya berdiri.

Semua orang mempunyai keistimewaan yang hadir di dalam hidup mereka.

Tetapi tidak untuk dia.

Haechan tidak boleh lagi berfikir dengan positif pada saat itu. Dia sudah diselimuti dengan tekanan yang sangat kuat meronta meronta di dalam dirinya. Air mata dibiarkan sahaja mengalir kerana dia sudah tidak mampu untuk menguruskan hal itu.

Mengapa dia begitu sedih hari ini?

"Haechan sayang semua, selamat tinggal.."

Dia mula membuat langkah kecil setapak demi setapak ke hadapan. Matanya dipejam dengan rapat dan pada waktu itu, dia melepaskan sebuah senyuman yang sangat ikhlas, sebelum dia membuat keputusan untuk melompat ke bawah.

"hiduplah dengan bahagia tanpa Haechan"













⭐️















"Sekarang ni, mana kau?! Baik kau datang sekarang sebelum kau membazirkan masa aku yang sangat berharga ni!!"

Minyoung menutup panggilan handphone miliknya dengan rasa yang sangat marah. Mulutnya terkumat kamit membebel sesuatu yang sangat tepat ditujukan kepada si dia yang sudah membazirkan waktunya. Lebih baik dia pergi ke perpustakaan dan sambung membaca buku buku di sana. Rambut di dahinya ditiupkan ke atas sambil berjalan menuju ke tingkat atas sekali bangunan itu.

"Bodoh Renjun ni. Dulu waktu kecil tak suka minum susu, dan sekarang inilah padahnya. Pelupa"

Minyoung mengibaskan tangannya untuk meredakan rasa yang sangat panas kini sedang membuak buak di dalam dirinya pada ketika itu. Udara yang nyaman di situ, disedut dengan perlahan lahan sebelum dia mencuci matanya dengan permandangan indah bandar raya tempat itu dari atas. Senyuman yang hangat mula terukir di bibirnya apabila melihat orang orang di bawah yang sedang bahagia menjalani kehidupan seharian mereka.

Segar.

Hilanglah sedikit rasa marahnya kepada Renjun seketika. Tetapi itu tidak membuatkan dia tidak memberikan bebelan khas kepada Renjun sebentar lagi. Minyoung tersenyum serong apabila memikirkan itu. Siapa yang cari masalah, dialah yang akan berhadapan dengan masalah itu. Dia terkekeh kecil.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now