"Haechan.."
Haechan bergumam perlahan setelah itu. Sudah kali yang ke-6 nama dia dipanngil tetapi begitu sahajalah. Tiada kata kata yang lain selain daripada menerima perkataan yang sama daripada si dia.
Manakala Minyoung, orang yang memanggil hanya tersenyum gembira. Seronok dia mengusik lelaki itu yang masih setia menyahut panggilannya walaupun dengan hanya bergumam. Tangannya ralit menyikat rambut basah Haechan yang baru sahaja selesai membersihkan diri.
Setelah Minyoung selesai meletakkan bedak di wajah Haechan, lelaki itu menepuk tempat di sebelahnya. Haechan menyuruh Minyoung untuk duduk di sebelahnya, di atas katil hospital ruang itu.
"Ha kan dah wangi dia ni" kata Minyoung sambil tersenyum memandang wajah Haechan yang sebijik seperti seorang kanak kanak. Hidungnya sibuk mencium bau bedak bayi yang dibeli olehnya khas sebelum datang ke hospital pagi tadi.
"Saya bukan budak kecil" si lelaki yang berbaju hospital itu menayangkan raut wajah yang tidak puas hati. Dirinya dilayan seperti seorang bayi oleh Minyoung secara tiba tiba harini.
Manakala si dia hanya terkekeh kecil. Dia tidak puas memandang wajah Haechan di sebelahnya. Hari ini, dia ingin meluangkan sepenuh harinya untuk lelaki ini sahaja. Tiada siapa yang boleh kacau mereka berdua.
Jangan kacau.
Minyoung sudah merancangnya dari awal lagi. Lebih lebih lagi apabila Doyoung memberitahu bahawa keadaan Haechan juga sudah semakin membaik daripada rawatan yang dijalankan oleh Haechan pada tempoh hari. Tidak lama lagi dia boleh keluar dan menjalani hari harinya seperti orang biasa.
Yay.
"Awak. Selama ni, awak layan saya bagaikan seorang puteri. Dan harini giliran saya pula yang akan layan awak bagaikan seorang putera. Okay?" ujar Minyoung dengan teruja.
Haechan hanya mengangkatkan keningnya setelah mendengarkan itu. Tetapi selepas beberapa saat, dia tertawa melihat usaha Minyoung yang satu itu. Dia membawa tangannya untuk memegang tangan si gadis.
"Tak perlulah. Awak ada dekat sini pun saya gembira apa" balas Haechan namun mendapatkan gelengan yang keras daripada Minyoung. Minyoung tidak bersetuju.
"Aip aip, tak boleh tolak. Kalau awak tolak, saya balik" kata Minyoung dengan nada yang sebijik digunakan oleh Haechan sewaktu dulu dulu. Minyoung mahu membalas semuanya yang telah dilakukan oleh lelaki itu untuk dirinya.
Dia sudah berjanji untuk sentiasa berada di sisi Haechan tidak kira walau apapun yang berlaku.
Sekali lagi Haechan terkekeh kecil. Ada ada sahajalah dia ini. Minyoung pula semakin bahagia dibuatnya melihat Haechan yang kini sedang girang. Dia mahu melihat senyuman besar milik lelaki itu sepanjang hari.
"Jangan lepaskan tangan saya. Jom, kita jalan jalan di taman belakang. Abang dah bagi keizinan tapi jangan jauh jauh" jelasnya sambil mengeratkan lagi pegangan tangan Haechan pada tangannya.
Mahu tidak mahu, Haechan mesti menerimanya. Waktu yang sentiasa menjadi kegemarannya adalah pada waktu dia dapat meluangkan masa berdua bersama sama dengan Minyoung.
Kerana.
Minyoung telah memberikan satu perasaan yang tidak boleh Haechan ungkapkan. Rasa yang sangat istimewa.
⭐️
Tangan Minyoung dan Haechan yang saling bertaut menghayun melawan arus angin. Udara yang segar di situ, Minyoung menghirupnya dengan perlahan. Sungguh Minyoung rindu akan ini. Ada satu emosi yang sedang hadir di dalam hati Minyoung kini.
YOU ARE READING
HAECHAN ✔︎
Fanfictiondia hanya ingin menjadi takdir kepada lelaki yang luar biasa itu sehingga ke akhir. lelaki bermulut manis yang sentiasa menghadiahkan sinar matahari mahupun kenangan yang berwarna di setiap hari harinya. "tidur lena. jumpa esok dan jangan rindukan s...