12

131 55 10
                                    

Minyoung melepaskan pen yang berada di dalam pegangannya. Walaupun keadaan taman kampus itu yang kini sedang riuh dengan pelajar pelajar yang sedang bermain, berbual ataupun berlajar, itu tidak membuatkan Minyoung tidak boleh beralih daripada fikirannya. Tangannya diletakkan ke atas meja yang berada di situ dan menahan dagunya.

Dia tidak boleh berhenti mengaitkan sesuatu. Dia masih ingat lagi perbualan di antara dia dan Taeyong pada kali yang kedua Haechan membawanya datang rumah mereka. Juga dengan apa yang hampir diberitahu oleh Jaemin dan Jeno terhadapnya tempoh hari.

Minyoung tidak tahu kenapa tetapi walau sekeras mana pun dia ingin menolaknya, tetapi dirinya tetap mahu mengatakan bahawa semua ini mesti ada kaitan dengan keadaan Haechan yang tiba tiba tidak sihat di rumahnya pada 2 hari yang lepas.

Padahal, boleh sahaja dia mengatakan bahawa itu adalah sakit yang normal. Kurang vitamin? Ataupun setidaknya masuk angin?

pap!

Minyoung terkejut apabila melihat ada beberapa plastik kinder bueno yang diletakkan di atas mejanya. Kepalanya ditolehkan ke belakang lantas mendapatkan sebuah tatapan daripada lelaki yang sentiasa memenuhi fikirannya sejak akhir akhir ini. Dia menjatuhkan badannya duduk di sebelah Minyoung

"Hi"

Minyoung mendapatkan sapaan 'hi' dan satu senyuman daripadanya. Senyuman itu tidak memakan masa yang lama untuk dibalas. Matanya jatuh pada coklat coklat yang diletakkan di hadapannya.

"Banyaknya" ujar Minyoung.

"Eh? Ni bukan untuk awak. Saya nak bagi untuk sesiapa yang menarik perhatian saya kat sini" balasnya lalu matanya mula meliar melihat sekeliling seakan akan mencari gadis gadis cantik kampus itu.

Minyoung mencebik.

Menyampah tahu tak? Haechan. Sentiasa seperti ini. Ish!

Namun, lelaki itu malah tertawa melihat reaksi yang datang daripada Minyoung. Dia mula menolak coklat coklat itu mendekati gadis yang kesal di hadapannya.

"Mana adalah. Tentu ini untuk awak! Saya setia tau" katanya lagi masih dengan senyuman yang selalu terlihat sempurna di mata Minyoung.

"Takde kelas ke?"

"Ponteng—auw!"

Haechan mengaduh kesakitan sebelum sempat menghabiskan perkataannya. Kini dia pula yang mencebik kesal sambil mengusap lengannya yang dijentik oleh Minyoung. Nak gurau sikit pun tak boleh!

Sebenarnya jentikan yang datang daripada Minyoung tidaklah sakit mana. Gigitan semut pun lebih sakit daripada itu mungkin? Hanya sahaja Haechan yang melebih lebih inginkan perhatian.

"Kelas habis awal. Garanglah kak Minyoung ni" kata Haechan masih lagi terdengar nada kesal yang datang daripadanya. Minyoung tersengih jengkel.

Tetapi, tiba tiba sahaja fikiran Minyoung teringat akan keadaan Haechan pada 2 yang hari lepas. Memandangkan dia tidak bertemu dengan lelaki itu semalam, menjadikan dia tertanya tanya akan keadaannya. Dia melihat wajah lelaki itu yang tidak lagi terlihat pucat.

"Awak? Dah sihat? Betul ke abang cakap, kurang vitamin?"

Haechan terhenti setelah mendengarkan pertanyaan yang datang daripada Minyoung. Dia lebih tertarik untuk mengambil pen serta buku nota milik Minyoung. Beberapa lukisan random dihasilkan olehnya pada helaian di situ. Tidak lama kemudian, satu senyuman redup muncul di bibirnya.

"Risaukan saya eh? Jangan risaulah, saya okay je. Saya kan kuat. Lagipun bukan awak ke yang sepatutnya jadi vitamin saya betul betul?"

Lelaki itu memilih untuk tidak menjawabnya dengan jelas, malah menukarkan jawapan itu seakan akan ingin mengusik Minyoung. Minyoung sudah malas mahu melayan karenah Haechan yang suka sangat main main. Dia kembali menumpukan matanya pada bahan bacaannya.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now