13

154 51 25
                                    

"Jisung nak call abang Haechan, kakak tak bagi. Tapi dia suruh call abang, sebab tu lah yang Jisung suruh abang datang sini" jelas Jisung terhadap Renjun yang baru sahaja sampai di rumah kanak kanak itu.

Terkejut jugalah dia selepas mendapat panggilan handphone daripada budak lelaki itu yang menyuruhnya untuk datang ke tempat ini sekarang. Namun dia tidak mahu mempersoalkan kerana, itu juga ada kaitan dengan Minyoung. Risau jugalah dia dibuatnya.

"Mana kakak?" Renjun bertanya setelah mengangukkan kepalanya tanda faham akan penjelasan daripada budak lelaki itu.

"Ada dekat belakang" jawab Jisung basa basi. Dia juga sebenarnya tertanya tanya dengan keadaan Minyoung sejak tadi.

"Takpelah abang pergi tengok sekejap. Jisung nak keluar kan dengan kawan kawan tadi? Pergilah, jangan risau" Renjun menyambung dengan kata kata yang boleh menghilangkan rasa tertanya Jisung. Lantas budak lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya lalu pergi dari situ.

"Baiklah abang, terima kasih" balasnya dan mendapatkan anggukan sekali lagi daripada Renjun.

Selepas melihat bayangan Jisung yang semakin hilang dari pandangan matanya, Renjun terus mengaturkan langkah kakinya ke belakang kawasan itu. Matanya mula menangkap kelibat Minyoung yang sedang duduk berseorangan sambil termenung tidak tahu ke mana.

"Oho, kat sini kau" tegur lelaki itu tiba tiba menyebabkan Minyoung lari daripada lamunannya.

Minyoung tidak menjawab dan hanya melihat Renjun mengambil tempat duduk di sebelahnya sebelum kembali termenung. Manakala Renjun hanya mengerutkan dahinya setelah berasa pelik akan kelakuan si sahabat baik.

Sudah sungguh lama dia tidak melihat Minyoung seperti itu.

"Kau okay tak? Ada masalah apa?"

Tiba tiba sahaja Renjun menjadi prihatin disebabkan oleh itu. Lama jugalah pertanyaannya didiamkan dan tidak berbalas sebelum Minyoung mengeluarkan sebuah keluhan.

"Jun..."

"Hmm?"

Renjun membalas tetapi sekali lagi tidak mendapatkan apa apa jawapan daripada Minyoung. Berdasarkan dengan yang diceritakan oleh Jisung tadi, Renjun boleh mengagakkan sesuatu. Pasti ada kena mengena dengan Haechan bukan?

"Kau ada masalah apa dengan Haechan? Kenapa dengan kau dan dia? Ceritalah kat aku" Renjun menyambung dan menyebabkan Minyoung menundukkan kepalanya.

"Haechan.."

"Dia pesakit abang Doyoung"

Minyoung berkata perlahan sebelum membawa pandangan matanya bertemu dengan milik Renjun. Dia tahu, Renjun juga mesti terkejut mendengarkan itu. Satu senyuman pudar dia ukirkan pada lelaki yang kini terdiam.

Minyoung juga tidak tahu mahu memikirkan apa dan hanya membiarkan fikirannya membawa ke mana sahaja. Renjun sepertinya ingin mengatakan sesuatu tetapi dia tidak tahu ingin berkata apa.

"Abang yang bagitau aku sendiri semalam. Aku nampak Haechan pergi hospital jumpa dengan dia" dia seperti tahu akan apa yang dipersoalkan oleh lelaki itu.

"Haechan tipu aku ke? Dia tak pernah pun bagitau aku apa apa" ujarnya perlahan dan berusaha menahan agar matanya tidak berkaca.

Kecewa?

Sejujurnya kalau diikutkan, Minyoung berasa kecewa disebabkan oleh hal ini. Tetapi dia tidak mahu berfikiran melulu seperti itu. Kenapa Haechan tidak mahu jujur dengannya? Apa yang sedang ditakutkan oleh lelaki itu?

"Min, aku tak tahu nak cakap apa untuk kau. Tapi mana tahu kalau dia memang betul betul ada sebab tertentu?"

"Sebab apa? Dia nak sakitkan aku ke?" Minyoung membalas tetapi itu tidak membuatkan Renjun berhenti daripada terdiam.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now