15

140 45 30
                                    

"ABANG !! TAK BAIKLAH!!"

Jisung menjerit sambil menendang angin dengan kakinya berkali kali. Cemberut sahaja wajahnya sambil mencampak handphonenya ke sebelah. Kini, sudah 4 kali berturut turut dia kalah melawan Jeno melalui sebuah permainan video. Manakala Jeno pula hanya menjelirkan lidah pada budak lelaki di hadapannya.

Sememangnya ini kali pertama dia bertemu dengan lelaki dengan lebih muda itu, tetapi Jeno sudah mula merasa serasi untuk mengusik Jisung. Lebih lebih lagi dengan ada bantuan Jaemin di sebelahnya yang juga seronok mengusik.

"Jisung taknak kawan dengan abang Jeno. Jisung doakan semoga abang kalah pulak lepas ni. Biasanya doa orang yang teraniaya ni termakbul" ujar Jisung lagi sekali dengan kesal.

"NAK MAIN JUGAK!" seorang lagi lelaki berteriak di belakang Jisung.

Chenle, rakan sekolah Jisung itu menolak Jisung ke sebelah dan mengambil handphone yang baru sahaja dicampakkan tadi. Dia mengambil tempat duduknya di sebelah Jeno dan mula bersedia untuk menyelesaikan satu pusingannya melawan Jeno.

"Chenle! Kau kena kalahkan abang Jeno tau!" Jisung berteriak memberikan kata kata semangat sementara si sahabat sedang fokus dengan permainan video itu. Manakala Jaemin juga sama seperti Jisung, tetapi yang berbezanya ialah dia berada di sebelah pihak Jeno.

"Jeno! Kau boleh! Takkan budak budak pun kau tak boleh kalahkan! Go Jeno Go!"

Apalah. Dengan budak budak pun tak nak mengalah!

Bagaimana mereka semua boleh berkumpul?

Sebaik sahaja keadaan Haechan sudah semakin membaik, lelaki itu bercadang untuk mengadakan BBQ party secara kecil kecilan di rumahnya. Maka di sinilah mereka semua, rumah Haechan. Sengaja juga dia mengajak Jisung datang sekali memandangkan budak lelaki itu juga semakin rapat dengannya dari hari ke hari.

Tetapi Jisung yang pada mulanya malu malu kucing untuk datang bersendirian, tiba tiba membuat keputusan untuk mengajak rakannya sekali, Chenle. Tengoklah sekarang apa yang jadi. Duduk melalak di dalam rumah Haechan, bersama sama dengan Jaemin dan Jeno.

"Apalah dorang berdua tu. Dengan budak budak pun berkira" Taeyong menggelengkan kepalanya.

Dia membawa sebekas daging ayam mentah dan dibawa keluar ke halaman rumahnya. Langkah kakinya menuju ke arah Doyoung yang sedang sibuk mengipas ngipas dirinya sendiri sambil menunggu daging yang hampir masak.

Doyoung pula sebenarnya sudah meminta izin untuk keluar dari kerjanya sebentar untuk hari ini. Memandangkan dia sudah boleh mengagak bahawa Taeyong sudah semestinya tidak boleh mengawal semua kanak kanak riang di sini, sebab itulah dia menawarkan dirinya sekali gus meluangkan masa bersama sama dengan mereka.

"Budak budak! Kalau nak makan boleh keluar. Daging dah masak!" lantang Doyoung menjerit dan tidak lama kemudian dia mendapat satu sahutan daripada Jisung sebagai jawapan.

"Baiklah!— CHENLE KAU MENANG?! HAHAHAH BOO ABANG JENO BOO"

Minyoung menutup telinganya setelah mendengarkan jeritan riuh bagaikan sekampung itu. Kenapa semangat sangat budak budak tu?! Minyoung yang malas mahu melayan, mula menghampiri Renjun yang terlihat baru sahaja memutuskan panggilan handphonenya dengan seseorang.

"Boo! Siapa tu?"

Bahu Renjun sedikit terangkat apabila dikejutkan seperti itu. Lelaki itu mencebik sambil memahami soalan yang ditanya oleh Minyoung.

"Oh, Mark. Kawan aku. Takde pape pun, dia tanya pasal buku aku yang ada dekat dia" jawab Renjun selamba. Lagipun buat apa mahu serius? Minyoung bukan mengenalinya.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now