8

180 59 21
                                    

Haechan menutup panggilan handphone yang tidak terjawab oleh orang di sana. Sudah hampir kali yang ke sepuluh dia membuat panggilan itu. Hampir sepuluh! Masih tidak diangkat.

Haechan mengerutkan dahinya, merasa risau dibuatnya. Langkah kakinya cepat cepat diaturkan masuk ke dalam lif lalu menekan salah satu butang sebelum lif itu bergerak naik ke atas.

Siapa lagi?

Kim Minyoung.

2 hari !

Sudah 2 hari gadis itu mengabaikan Haechan tanpa dia tahu akan sebabnya. Panggilan langsung tidak dijawab apalagi mesej? Haechan pula yang sudah mulai runsing, mahu tidak mahu dia hendaklah berhubung dengan Doyoung akan hal ini.

Memang iya. Doyoung juga memberi tahu Haechan bahawa gadis yang seorang itu juga hanya berdiam diri sahaja selama 2 hari ini dan hanya bercakap mengenai hal yang penting sahaja. Apa yang terjadi?

Haechan berhenti betul betul di hadapan pintu utama apartment milik Minyoung dan Doyoung. Kata laluan yang sudah dia hafal sejak akhir akhir ini ditekannya lalu mula melangkah masuk ke dalam. Pandangan matanya bertemu dengan Doyoung yang sedang selesa menonton filem bersama sama dengan keropok di tangannya.

"Eoh? Haechan" tegur Doyoung setelah menyedari akan kelibat Haechan di dalam rumah itu. Doyoung seperti tahu apa yang sedang dicari oleh lelaki itu terus memuncungkan bibirnya ke arah sesuatu.

"Dalam bilik. Pintu bilik dia tak kunci pun. Pergilah, ketuk dulu sebelum masuk" sambung Doyoung menyebabkan Haechan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum hormat.

Doyoung tidak kisah akan itu. Jika itu yang dikatakan oleh takdir? Haechan juga sudah dia anggap seperti keluarganya sendiri.

"Terima kasih"

Haechan berkata dan tanpa menunggu masa yang lama dia menggerakkan kakinya ke sebuah bilik rumah itu. Tombol pintu dibukanya dengan perlahan selepas beberapa saat dia mengetuk pintu bilik tersebut. Kepalanya menjenguk ke dalam, mencari kelibat seseorang.

"Minyoung?"

Haechan masuk ke dalam apabila dia berjaya menangkap kelibat gadis itu yang sedang berada di balkoni bilik tidurnya. Haechan mendekatinya secara perlahan lahan. Dia juga tahu bahawa gadis yang sedang duduk sambil berhadapan dengan laptopnya itu sudah menyedari akan kehadirannya.

Lelaki itu mendudukkan dirinya pada sebuah kerusi kosong di situ. Matanya melihat Minyoung yang dia juga tidak pasti sama ada fokus gadis itu ada pada laptopnya ataupun sedang melayang ke tempat lain.

"Awak buat apa kat sini?" Minyoung bersuara perlahan mengejutkan Haechan.

"Huh? Nak jumpa dengan awak la. Kenapa tak jawab mesej, call saya? Hm?" jawab Haechan bersahaja dan membuatkan Minyoung tiba tiba mengeluh. Gadis itu kini mula memberanikan diri, membawa matanya bertentang dengan Haechan.

Selang beberapa saat selepas itu, mata Minyoung tiba tiba sahaja berkaca dan mukanya memerah. Melihatkan itu pula membuatkan Haechan menjadi cuak. Kerusinya didekatkan dengan Minyoung.

"Kenapa ni? Awak ada masalah ke?" Haechan bertanya dengan nada yang lembut.

Lelaki itu kemudian membawa tangannya mengusap belakang badan Minyoung perlahan. Rambut panjang Minyoung yang terlihat kusut, disikatkan ke belakang menggunakan jari jarinya. Lalu air mata yang jatuh, diusap oleh Haechan.

"Haechan.."

"Hm? Kenapa?"

"Awak ingat tak yang waktu saya study hari tu?"

Haechan menganggukkan kepalanya. Mana mungkin dia tidak ingat akan hari itu.

"Saya sedih. Sebab—sebab saya gagal.." kata kata Minyoung semakin perlahan di hujung ayat. Suara Minyoung mula pecah dan air matanya mengalir sekali lagi. Haechan mendengarkan itu. Tangannya tidak berhenti mengusap rambut Minyoung.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now