"Brothers!"
Renjun teriak dengan kuat memanggil Haechan dan rakannya dari jauh. Lelaki itu menghampiri mereka semua lalu merangkul bahu Jaemin dan Jeno di kiri dan kanannya. Pipi milik Jaemin dan Jeno dicubitnya serentak membuatkan kedua duanya mengaduh kesakitan.
"Happy Birthday !!"
Jaemin menjerit keriangan kepada Renjun lalu mengisyaratkan Haechan agar memberikan kotak kotak hadiah yang telah disediakan oleh mereka semua kepada Renjun. Lalu, tanpa basa basi Haechan menghulurkan hadiah hadiah daripada pelukannya kepada Renjun bersama sama dengan senyuman mesranya.
"Wow! Thank you !!"
Renjun menyambutnya dengan senang hati sebelum menyuruh mereka semua masuk ke dalam rumahnya.
Hari ini merupakan hari lahir Renjun dan lelaki itu tiba tiba bercadang untuk mengadakan majlis kecil kecilan di rumahnya. Hanya rakan rakan yang terdekat sahaja dijemput olehnya termasuklah Haechan.
Haechan mula masuk ke dalam rumah Renjun yang di dalamnya penuh dengan belon belon yang tergantung di setiap penjuru dinding. Sementara Jaemin dan Jeno yang sudah tidak tahu hilang ke mana, Haechan mula mencari tempat duduk di meja makan rumah Renjun. Matanya meliar ke sekeliling rumah itu seakan akan sedang mencari sesuatu.
Ataupun seseorang?
Tidak lama selepas itu, pandangan mata Haechan berhenti tepat pada gerangan itu. Secara tidak langsung, satu senyuman besar terukir di bibirnya. Haechan tidak mahu mendekati dan hanya ingin melihatnya dari jauh sahaja.
"Cantik. Sentiasa cantik" gumam Haechan perlahan.
Siapa lagi?
Sudah tentulah Minyoung, gadis yang merangkap kepada rakan baik sejak kecil Renjun.
Haechan sedang mabuk cinta. Jangan ganggu dia.
Sedang ralit Haechan memandang, tiba tiba ada sesuatu permandangan yang membuatkan dia berasa tidak sedap hati. Apa yang dia lihat sekarang, Renjun sedang merangkul bahu Minyoung dengan rapat sambil tertawa riang bersama sama dengan rakan rakannya yang lain.
Eh. Rilek la Haechan!
Mereka berdua memang begitu kan?
"H-huh?!"
Hampir sahaja Haechan mampu menarik perhatian ramai disebabkan oleh suaranya. Matanya membulat dengan sangat besar kini. Sebenarnya, tiada apa yang spesial. Mereka semua cuma mengambil gambar bersama sama.
Tetapi, yang membuatkan Haechan terkejut.
Kedudukan Minyoung dan Renjun itu yang sangat rapat, sehinggakan Renjun yang tadi merangkul bahu gadis itu sehingga ke pinggangnya. Sedikit lagi Haechan mahu tersedak air liur sendiri. Lebih lebih lagi, apabila Minyoung pula yang seronok menekapkan tangannya pada kedua dua pipi Renjun.
Salah ke dia cemburu?
Ataupun, kelakuan Minyoung dan Renjun itu adalah perkara biasa?
"Min sayang aku memanglah cantik! ksksksk"
Haechan mendengar suara Renjun yang sedikit berteriak dari jauh. Sekali lagi, dia hampir menarik perhatian orang ramai kerana kelakuannya selepas itu.
"Sa-sayang?!"
Terus Haechan menutup bibirnya rapat rapat dan gigi diketapkan dengan kuat. Sekali lagi dia ingin bertanya kepada diri dia sendiri. Salah ke dia cemburu?! Satu gelas berisi air yang memang tersedia di situ, diambil dan diteguk perlahan untuk meredakan rasa yang sangat tidak disukai olehnya, kini sedang menyelubungi dirinya.
YOU ARE READING
HAECHAN ✔︎
Fanfictiondia hanya ingin menjadi takdir kepada lelaki yang luar biasa itu sehingga ke akhir. lelaki bermulut manis yang sentiasa menghadiahkan sinar matahari mahupun kenangan yang berwarna di setiap hari harinya. "tidur lena. jumpa esok dan jangan rindukan s...