18

164 41 30
                                    

"Ish, mananya?!"

Dia memeriksa handphonenya melihat jam waktu ketika itu. Kepalanya yang tidak gatal digaru olehnya kasar. Tetapi, tidak bolehlah kasar sangat. Nanti, rosak kulit kepala. Siapa susah?

15 minit sudah berlalu, tetapi kelibat orang yang sedang dia tunggu masih lagi tidak memunculkan diri. Dia mula memuncungkan mulutnya sambil matanya ralit memerhati orang orang sekeliling yang sedang berjalan di sekitar kawasan tersebut. Belakang badannya disandarkan pada bangku yang sedang diduduki olehnya.

"Urgh! Mark hyung! Lamanya!"

Hampir sahaja dia menghentakkan kaki pada tempat yang sedang dipijaknya. Sekali lagi, dia melihat jam di handphonenya. 16 jam ?!

Eh salah baca.

16 minit ?!

Dia buat apa lama sangat?!

"Hiks.."

Tiba tiba, tubuh badannya terhenti sebaik sahaja dia mendengarkan sesuatu. Suara seseorang yang seperti sedang teresak. Berdiri bulu romanya seketika. Dari mana datangnya?

Matanya memerhati sekeliling lalu terhenti betul betul pada orang di sebelahnya. Ouh-ouh? Ada orang ke rupanya? Dia takut takut ingin melihat seorang gadis di sebelahnya yang kini sedang bersedih.

Apa perlu dia buat? Dia ada kena mengena ke dengan ni?

Air liurnya diteguk perlahan. Sebagai seorang rakyat yang baik dan prihatin, dia harus menolong rakyat yang lain juga. Mana tahu jika gadis itu sedang berada di dalam kesusahan? Ataupun, tersesat ke? Tak jumpa mak ayah?

Tangannya terketar ketar ingin menyentuh bahu si dia yang sedang menangis kecil sambil menundukkan wajahnya.

"H-hi? Awak okay ke? Awak sesat ke?" katanya mula berani dan tidak lama kemudian gadis itu mengangkatkan kepalanya.

Alamak? Dia salah cakap ke?

Dia mula menjadi cuak apabila gadis itu seakan akan terkejut dengan kehadirannya di situ. Satu sengihan cuba dikeluarkan.

"Awak ada masalah-."

"Ha-Haechan?"

Huh?

Haechan? Haechan mana pula ni?

"Ouh? Haechan? Awak cari Haechan ke?"

Dia mula memberanikan dirinya semula dengan bertanya sekali lagi. Fikirannya kini ligat memikirkan sesuatu. Bagaimana pula dia ingin mencari Haechan? Ha sudah. Namun, pandangan gadis itu yang masih tidak putus daripada memandang wajahnya juga turut menakutkannya.

Handsome sangat ke dia?

Pfttt. Okay malu.

Tidak lama selepas itu, tiba tiba sahaja gadis itu merapatkan dirinya dan memegang kedua pipi si lelaki. Orang yang dipegang kembali menjadi cuak, lebih lebih lagi apabila melihat mata si gadis yang sudah mula bergenang dan ingin menangis kembali.

"Awak? Haechan?"

Huh? Apani? Dia tidak faham.

Agak menyesal la juga dia bersikap prihatin tadi.

"Eh tak tak. Saya bukan Haechan. Awak cari Haechan ke? Awak ingat nombor phone dia tak? Saya boleh tolong call dia untuk awak" jelasnya lagi sambil menolak dengan keras tubuh si gadis yang seperti tidak ingin berganjak. Malah, mungkin gadis itu tidak mendengarkan apa pun yang dijelaskan.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now