20 : epilog

301 45 19
                                    

"hei? termenung apa?"

Haechan tersengih memandang Minyoung di sebelahnya. Kakinya berjalan serentak dengan langkah kaki gadis di sebelahnya. Jari jemari yang saling bertaut dihayunkan bersama sama melawan arus angin.

"daripada awak termenung macam tu, baik awak pandang muka saya yang handsome ni"

Minyoung tersenyum menyampah setelah mendengarkan itu dan juga menyebabkan Haechan tertawa dengan begitu sahaja. Lelaki itu kemudian membawa pandangannya memandang kawasan sekeliling sebelum tertuju pada langit di atas. Tenang betul.

"minyoung.."

"hmm? kenapa?"

"awak nak tahu tak? kalau saya dengar nama awak sahaja pun dah boleh buat saya tersenyum macam orang tak betul"

Kata lelaki itu lantas membuatkan Minyoung menjadi malu. Ha! Mulalah tu. Perangai nakal dan suka mengusiknya sudah keluar.

"mengadalah dia ni"

Haechan tertawa kegirangan selepas itu, namun tidak lama kemudian mendapatkan satu pukulan pada lengannya. Lelaki itu tidak mengaduh kesakitan malah memandang Minyoung di sebelah. Cantik .

"minyoung, jom kita berdua buat satu janji"

"janji apa?"

Dahi Minyoung berkerut setelah mendengarnya. Jangan yang pelik pelik sudahlah. Akal yang dimiliki oleh lelaki itu bukannya boleh dibawa main. Pasti ada sahajalah yang akan keluar.

"janji yang kita berdua akan sentiasa ada untuk satu sama lain jika diperlukan. awak boleh ceritakan segalanya masalah awak dengan saya dan saya pun begitu okay?"

Minyoung teruja mendengarkan itu. Jari kelingkingnya dibawa naik ke atas, ditujukan kepada Haechan. Haechan dengan senang hati menyambutnya.

"janji!"

"kalau macam tu, saya nak ceritakan setiap hari dengan awak boleh?"

Haechan tersenyum setelah Minyoung bertanya seperti itu. Laju sahaja kepalanya dianggukkan kepada gadisnya.

"mestilah boleh! dan saya yang nakal ni akan sentiasa hiburkan hari hari awak . okay?"

Minyoung bersetuju. Sungguh dia gembira ketika melihat lelaki itu yang sedang dalam kegirangan. Tidak sabar rasanya dia ingin menjalani banyak lagi memori memori indah yang akan diciptakan oleh mereka berdua pada hari hari yang akan datang.

"malam ni nak tengok bintang? aip, esok cuti kan? jadi yang ni awak kena setuju, kalau tak saya merajuk!"

"nak !! awak kena nyanyi jugak untuk saya!"

"ay ay my beautiful princess. haechan sayang minyoung"



















"yang sempurna belum tentu adalah yang terbaik. tetapi yang terbaik boleh menyebabkan sesuatu itu terasa seperti sempurna"



















.


terima kasih!

salam sayang daripada saya
''

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now