Seminggu sudah berlalu dan untuk yang kesekian kalinya, pada hari minggu indah ditemani dengan sinaran matahari yang begitu terang menyinari bumi. Haechan sekali lagi berkunjung ke rumah Doyoung dan Minyoung. Tetapi kali ini bukan disebabkan oleh Minyoung ataupun keinginan Haechan, tetapi Doyoung yang tiba tiba sahaja mengajak lelaki itu untuk makan bersama sama.
Balik balik, rumah Minyoung lagi. Eh, biarlah. Cemburu boo.
"Haechan sihat? Minyoung ada susahkan Haechan ke?" Doyoung tiba tiba sahaja bertanya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki yang lebih muda itu.
"Sihat. Haechan sihat. Minyoung? Pftt, 22 jam sehari dia menyusahkan—." belum sempat Haechan berkata habis, tangannya diketuk oleh gadis di sebelahnya menggunakan senduk. Haechan tiba tiba sahaja merasa terancam sebaik sahaja melihat mata Minyoung yang seakan akan sedang memburu mangsa.
Dengan langkah yang perlahan, Haechan menggerakkan kakinya menjauhi Minyoung. Pandangan matanya dialih ke arah lain lalu menggosok gosok bahagian tangan yang diketuk tadi. Tahu pun takut!
"Awak ni, saya baru je sampai. Sampai hati main ketuk ketuk. Takde pun kata kata yang rindu untuk saya" Haechan berkata dalam nada yang berbisik sambil menayangkan wajah sedihnya. Manakala Minyoung peduli apa? Dia malah menjelirkan lidahnya kepada lelaki itu.
Haechan pun tidak peduli dan tidak ambil hati akan itu. Dia kemudian tersenyum nakal lalu mencubit pipi sebelah Minyoung dan cepat cepat berlari ke arah dapur, iaitu tempat Doyoung sedang berada. Hampir sahaja gadis itu hilang kesabarannya dan membaling senduk di tangan tepat pada belakang badan Haechan. Nasib hanya niat sahaja.
"Meh sini Haechan tolong" Haechan mengambil bekas minuman di tangan Doyoung dan membawanya ke meja makan. Doyoung tersenyum dan menggelengkan kepalanya melihat karenah itu. Bukannya dia tidak dengar akan perbualan tadi.
Budak budak. Biasalah kan.
Tetapi, itulah. Dia yang masih single sekarang ni ha. Macam mana?
Di meja, terlihat Minyoung yang sedang menyusun pinggan dan juga lauk lauk yang terhidang. Setelah meletakkan bekas minuman, Haechan dengan sengaja menyenggol bahu gadis itu sehingga menyebabkan pinggan di tangannya hampir terlepas.
"Haechan !!" jerit Minyoung masih lagi menahan sabar daripada lelaki yang sedang menagih perhatian. Manakala yang dimarahi yang menayangkan muka terkejutnya sahaja sambil membulatkan mulut serta matanya.
Haechan tidak mahu menjawab malah dia menaikkan kedua dua tangannya ke atas lalu membuat bentuk 'love' di atas kepalanya. Sebuah senyuman manis terlihat di wajahnya. Okay. Sekurang kurang, Minyoung tidaklah begitu marah lagi. Cie.
"Okay anak anak. Sila duduk tempat masing. Jangan gaduh gaduh kalau taknak abang halau kedua duanya dari sini" muncul Doyoung tidak lama selepas itu sebelum mengambil tempat duduknya dan mula menghidangkan nasi masing masing.
"Baiklah" jawab Haechan dan Minyoung serentak selepas itu. Lalu, Haechan mengambil duduk di sebelah Doyoung dan Minyoung di hadapan Doyoung. Taknak dia duduk di hadapan Haechan. Cih! Nanti ada pula kakinya disepak selepas ini.
"Ha bagus. Ini untuk Min dan ini untuk Haechan" lelaki yang paling tua menghulurkan gelas yang berisi air kepada dua orang kanak kanak itu.
Baru sahaja Haechan mahu menjamah makanan yang terhidang elok di hadapannya, namun tiba tiba sahaja dia rasa seperti badannya menjadi tidak enak. Lelaki itu terdiam untuk beberapa saat bersama sama tangannya yang digenggam erat.
Haechan resah. Tolong. Tidak untuk waktu sekarang.
"Huh? Haechan—."
Tidak sempat Doyoung mahu bertanya apabila melihat tingkah laku itu, namun Haechan lebih laju menolak kerusinya ke belakang dan berlari ke arah bilik air. Kedua duanya terkedu. Minyoung yang masih terkejut tidak tahu apa apa dan juga Doyoung yang sudah boleh mengagak akan puncanya.
YOU ARE READING
HAECHAN ✔︎
Fanfictiondia hanya ingin menjadi takdir kepada lelaki yang luar biasa itu sehingga ke akhir. lelaki bermulut manis yang sentiasa menghadiahkan sinar matahari mahupun kenangan yang berwarna di setiap hari harinya. "tidur lena. jumpa esok dan jangan rindukan s...