6

208 61 31
                                    

Haechan melangkah keluar daripada lif dan mengikuti langkah Minyoung di hadapan. Matanya meliar melihat sekeliling kawasan itu. Tali beg yang disandangkan ke belakang, digenggam erat oleh Haechan. Tidak tahu kenapa, dia berasa sangat gementar akan ini.

Setelah Minyoung memberikan cadangan kepada Haechan untuk mengikutinya pulang ke rumah, membuatkan Haechan tidak terasa seperti ingin menolak. Lagipun, sudah lama dia berkawan dengan gadis itu dan apa salahnya jika dia tidak menolak akan pelawaan daripada Minyoung untuk kali ini?

Haechan menelan liurnya apabila Minyoung tiba tiba berhenti tepat di hadapan sebuah pintu. Dia kemudian membalas tatapan mata yang diberikan oleh Minyoung terhadapnya. Tangannya yang berpeluh, dia kesat pada pakaiannya dan tanpa disedari, aksi milik Haechan itu membuatkan Minyoung tertawa secara tiba tiba.

"Kenapa kenapa? Apa yang lawak? Saya tak okay ke?" Haechan serentak panik dan gugup apabila melihat reaksi yang datang daripada Minyoung. Lantas Minyoung menggelengkan kepalanya.

"Awak janganlah takut sangat. Takde apalah" jelas Minyoung sebaik sahaja dia terhenti daripada tertawa.

Minyoung lalu menekan kata laluan rumahnya dan membawa Haechan masuk ke dalam. Semuanya baik baik sahaja untuk Haechan sehinggalah dia menyedari akan kelibat seseorang yang terlihat seperti baru sahaja keluar dari ruang dapur.

Haechan terkejut lalu terus dia berlari anak dan berdiri di belakang Minyoung. Pandangan matanya dibawa menunduk ke bawah dan jari jemarinya masih ralit bermain main dengan tali beg sandangnya. Sekali lagi, dia menelan liurnya dan menahan rasa gugup yang kembali datang.

Minyoung yang menyedari akan tingkah laku Haechan, akhirnya berpaling untuk melihat apa yang sedang ditakuti oleh lelaki itu. Gadis itu seterusnya mengeluarkan sengihannya terhadap seorang lelaki yang lebih tua beberapa tahun daripada mereka berdua. Lebih tepat lagi, lelaki yang sedang membuatkan Haechan menjadi gugup.

"Hai! Min bawak kawan datang harini, abang okay?" Minyoung mula bertanya dan tidak sampai beberapa saat dia sudah mendapat anggukan setuju daripada lelaki itu. Lelaki itu malah mengintai wajah Haechan yang sedang berada di belakang badan Minyoung.

"Okay, takde masalah pun. Kenapa dengan dia?" Lelaki yang merangkap kepada abang sulung Minyoung itu masih lagi tidak melepaskan pandangannya terhadap Haechan yang sedang menunduk.

"Ouh? Kejap" Minyoung tersentak apabila mendengarkan pertanyaan itu. Dia menarik tangan Haechan supaya lelaki itu keluar daripada penyembunyiannya. Bahu Haechan ditepuk lembut bagi menyedarkan Haechan agar dia mengangkat kepalanya segera.

Mahu tidak mahu, Haechan terpaksa memberanikan dirinya dan akhirnya bertentang mata dengan lelaki asing itu. Dia menundukkan badannya sebagai tanda hormat kepada abang Minyoung.

"H-hi." Haechan menyapa dan itu cukup membuatkan Minyoung terkekeh kecil dalam diam. Ingin sahaja dia mencubit pipi milik lelaki itu jika hanya mereka berdua sahaja di situ.

Comel !

"Ni kawan Min, Hae. Chan. Haechan, ni abang saya. Nama dia Do. Young." ujar Minyoung satu persatu sambil memandang wajah Haechan. Haechan kemudian mengangguk faham.

"H-hi Doyoung..."

"....hyung.."

Perkataan 'hyung' terdengar perlahan daripada bibir Haechan namun itu tidak membuatkan Minyoung dan Doyoung tidak mendengarkan itu. Haechan kemudian menggaru telinganya sebaik sahaja dia merasa canggung di dalam situasi ini. Tingkah laku itu bukan sahaja membuatkan Minyoung berasa geram, malah turut membuatkan Doyoung tertawa disebabkan oleh itu.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now