19

206 45 26
                                    

"Kak Minyoung"

"Hm?"

Donghyuck mencebikkan bibirnya sambil tangannya masih sibuk menulis ingin menghabiskan kerjanya yang belum selesai. Manakala Minyoung yang sedang berhadapan dengan laptopnya,hanya bergumam. Jus oren milik Donghyuck diteguk sebentar sebelum kembali menyambung.

"Hyuck ada cerita ni. Dengar eh?" kata lelaki yang lebih muda 2 tahun itu lalu mendapatkan anggukan kepala daripada Minyoung, yang kini sedang fokus meletakkan mata pada skrin laptopnya.

Donghyuck mula menarik nafas dan menghembuskannya sebelum bersedia.

"Kak Minyoung. Hyuck kan sebenarnya kan tak tahu la kenapa Hyuck famous sangat sejak akhir akhir ni. Handsome sangat ke Hyuck ni ????????"

Donghyuck kemudian menatap pantulan dirinya sendiri pada skrin daripada handphonenya. Satu sengihan ditayangkan sebelum memusingkan kepalanya ke diri dan ke kanan.

"Lepastu kan lepastu. Sejak kak Minyoung bawak Hyuck jumpa dengan kawan akak yang macam kembar tu. Apa nama? Jae? Jeje? Eh? Dorang suka sangat tengok Hyuck. Hyuck taknaklah jadi perasan, tapi dorang suka sangat gomol gomol pipi Hyuck macam budak budak. Comel sangat ke Hyuck ??" jelasnya begitu panjang.

Tangannya yang tadi menulis, kini mula melukis kartun kartun di bukunya. Mulutnya masih dimuncungkan, sambil meluahkan cerita hari harinya sejak dia berjumpa dengan kawan kawan Minyoung. Semuanya pelik. Dan semuanya terlihat begitu posesif dengannya.

"Abang Taeyong pun sama jugak.."

Suara Donghyuck kedengaran perlahan di hujung kerana takut ingin meneruskannya. Takut nanti Minyoung memarahinya. Pandangan matanya begitu fokus memandang buku, dan tidak berani memandang Minyoung.

Namun apa yang Donghyuck fikirkan adalah berbeza. Minyoung kini sedang cuba untuk tidak tertawa melihatkan Donghyuck. Takut nanti tawanya akan mengundang perhatian daripada orang ramai di kafe itu.

"Kenapa kak Minyoung gelak pulak?"

"Awak memang banyak cakap ye?" Minyoung cuba untuk tersenyum sahaja setelah itu. Bukannya dia tidak dengar satu satu yang diceritakan oleh yang lebih muda daripada tadi.

Menarik betul lelaki yang seorang ini.

"Alaaaa okaylah okay. Hyuck tutup mulut sekarang okay. Tak cakap dah" kata si lelaki yang seperti ingin mula kembali fokus kepada kerjanya tadi. Namun belum sempat Minyoung ingin memujuk, Donghyuck kembali mengangkat wajahnya.

"Tapi kan kak Minyoung"

Dia membawa tangannya, mengusap dagu sambil berfikir sesuatu. Minyoung pula yang terdiam dibuatnya. Tadi kata lain. Tadi nak berhenti cakap. Sekarang tiba tiba bercakap balik. Betulah apa yang Minyoung fikirkan. Peramah dia lain macam.

Memang patut pun Mark sering menjadi risau disebabkan oleh budak yang seorang ini.

"Kak Minyoung jangan risau tau! Hyuck tak kata pun yang Hyuck tak suka dorang semua. Hyuck suka sangat! Seronok seronok. Lagi lagi ada Jisung Chenle yang sebaya dengan Hyuck. Kan ada kawan baru. Daripada asyik kena ada Mark je selama ni, baik Hyuck pergi kawan dengan dorang" sambungnya lagi yang tersenyum masam apabila mengingatkan tingkah laku abang kandungnya yang satu itu.

Cerewet betul lah lelaki itu !!

Dia nak berkawan pun susah kerana sering diajak untuk menemaninya ke mana sahaja. Dengan alasan, Donghyuck akan mendapat gula gula kapas percuma selepas itu.

Minyoung hanya tertawa lantas menggelengkan kepalanya.

Ikut sahajalah apa yang budak lelaki itu mahu lakukan, asalkan dia berpuas hati dan bahagia.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now