10

175 60 65
                                    

"Pandai ke ni?"

"Mestilah! Jangan risau dan duduk diam diam"

Minyoung menganggukkan kepalanya setelah mendengarkan Haechan berkata seperti itu. Kalau Haechan pandai melakukannya, maka Minyoung harus mempercayai lelaki itu la kan?  

Haechan lagi.

Balik balik, Haechan dan Minyoung lagi. Tiada orang lain ke?

Tiada.

Jangan merungut.

Minyoung baru sahaja pulang daripada kelas pagi yang turut merupakan kelas terakhirnya untuk hari ini. Lain pula dengan Haechan, dia langsung tidak mempunyai perancangan pada hari ini lebih lebih lagi apabila semua kelasnya dibatalkan dengan begitu sahaja pada minit yang terakhir.

Memandangkan Doyoung tiada di rumah kerana sibuk dengan kerja, Haechan telah meminta izin untuk bermain ke rumahnya sepanjang hari ini. Maka, di sinilah dia yang pada akhirnya bertemu dengan Minyoung. Jodoh eh? Takde kena mengena.

Entah kenapa Haechan juga tidak tahu kenapa boleh muncul sebuah idea di difikirannya setelah itu. Tiba tiba sahaja dia menarik Minyoung yang baru pulang dari kampus dan menolak gadis itu duduk di atas sofa ruang tamu. Manakala Minyoung pula terkejut dan masih tidak boleh berfikiran dengan jelas melihat kelibat lelaki itu di sini

Apahal ni?

"Awak rilek rilek je dekat sini. Biar saya buat semuanya. Saya nak bagi spa free untuk awak harini" ujar Haechan mendekati Minyoung dengan segala barang barang pencuci muka di dalam pelukannya. Lengkap!

Minyoung tahu bahawa semua barang itu adalah kepunyaanya dan perlukah dia memarahi Haechan? Tidak! Malah Minyoung merasa terhibur melihat lelaki itu yang bersungguh sungguh melakukan ini semua untuknya. Ke hulur dan ke hilir dia mengatur barang barang itu di atas meja ruang tamu.

Comel.

"Haechan"

"Yup?"

"Kenapa nak buat semua ni?" Minyoung tertanya tanya akan hal itu menyebabkan Haechan terhenti seketika. Lelaki itu kemudian melihat Minyoung.

"Saje. Ini sahaja yang boleh saya buat untuk menghargai awak" jawab Haechan sambil menayangkan sengihannya.

Ya Tuhan, manisnya dia.

Boyfriend siapa ni? Mengaku sekarang!

Beg sandang milik Minyoung, diambil oleh Haechan dan diletakkan di tepi. Tangannya kemudian bergerak pada rambut panjang Minyoung lalu diikatkan dengan kemas. Haechan memulakan aktivitinya dengan menyapu kapas basah pada segenap sisi wajah mulus Minyoung.

Gadis itu hanya memejamkan matanya, merasakan setiap sentuhan yang datang daripada Haechan di wajahnya.  Rasa seperti ingin tidur sahaja. Selesa betul. Semua orang dilarang cemburu dengan Minyoung. Carilah boyfriend seperti Haechan.

"Bila abang balik??" Haechan sengaja bertanya, melenyapkan suasana sunyi di antara mereka berdua.

"Hm? Malam ni dia balik lah. Jarang dia tidur di sana kecuali kalau ada kecemasan sahaja" jawabnya dan mendatangkan sebuah reaksi yang sedang mengejek di wajah Haechan.

"Eeeeee, tak takut ke duduk rumah sorang sorang. Nanti ada hantu datang nak makan, macam mana?"

Tch! Mengarut.

HAECHAN ✔︎Where stories live. Discover now