02; "I hate you"

15 5 0
                                    

" Kamu tau tak kenapa kamu kena panggil hari ni?" Aqish memaparkan wajah tak bersalah sebelum menggelengkan kepala kecil.

Lelaki berusia dihadapannya pula memberikan pandangan tak percaya sebelum perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. "Good, you didn't make a mess lately." ujarnya perlahan namun masih boleh didengari oleh Aqish.

" Jadi, ada apa tuan panggil saya ke sini?"

" Markah kamu untuk peperiksaan baru baru ni sangat bagus." Senyuman terukir di wajah Aqish. "Jadi, kamu mesti tak ada masalah untuk bantu kawan-kawan kamu kan?"

"I guess so. Can give it a try." bahu diangkat gaya selamba memberikan jawapan setuju.

Pengetua mengangkat tangan memberi isyarat tunggu sekejap. "Zaril!" nama figura yang sedari tadi berada diluar pintu biliknya itu dipanggil. Pantas sahaja Zaril menerima arahan.

" Kamu akan bantu Zaril." Senyum yang terpapar tadi mula surut namun sedaya upaya dikekalkan di wajahnya. Dia tau itu satu arahan untuknya. Perlahan Aqish menganggukkan kepala.

Keluar sahaja dari bilik pengetua, Aqish sengaja berjalan lambat. Dia tidak mahu masuk ke kelas awal kerana sekarang sudah masuk kelas mata pelajaran kedua untuk hari ni. Yang paling pasti, dia tidak mahu berjalan seiring dengan lelaki berkemeja maroon dihadapannya itu.

"Kenapa awak terima?" Zaril menyoal dengan nada serba salah.

Tidak mendapat balasan dari gadis di belakangnya, dia memberhentikan langkah. Tubuh dipusingkan menghadap Aqish. Gadis itu turut memberhenti langkahnya. Rengusan halus terlepas dari bibirnya.

Wajah tidak endah Aqish tidak dihiraukannya. Dia kemudiannya mengularkan sebatang lolipop dari poket kemeja maroon miliknya.

"Awak tau tak betapa bahayanya benda ni kalau sampai pada pengetua?" kali ini nada lelaki itu mula kedengaran sedikit serius.

"Awak bribe pengawas junior dengan rm10 yang awak lekatkan dekat batang lolipop setiap kali awak buat salah."

"Kenapa kau tak bagi pengetua?" Tajam anak mata Aqish menikam anak mata milik Zaril.

"Saya-"

"A good for nothing." ujar Aqish. Tubuh Zaril yang menghalangi laluannya ditolak kasar sebelum dia mengatur langkah meninggalkan lelaki itu.

Zaril mengetap bibir. Lolipop di tangan digenggam kemas.

Aqish yang baru sahaja masuk ke kelas setelah ponteng 2 kelas sebelum waktu rehatnya mula berkerut dahi. Langkah laju sahaja dibawa ke tempat duduk Danish. "Apa kau buat dekat sini?"

"Qish, aku memang duduk sini."

"Bukan kau, dia." Pandangan dihalakan ke arah Zaril.

"Kau dah kenapa? Dia duduk sini atas arahan pengetua lah. He will stay with you here. Isn't the principle say it to you, himself? Everyone knew it already." Danish memberi jawapan dalam kekeliruan.

Aqish yang mendengarkan itu pantas memberikan pandangan tak puas hati kepada Zaril. "You know what? Just get lost!"

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now