15; The Revenge

7 0 0
                                    




Wajah selamba sedaya upaya cuba dipaparkan. Pandangan Aqish jatuh pada tangan yang cuba disorokkan lelaki itu. Dia dapat lihat tangan itu bergetar kuat. Nafas dilepas perlahan. 'What a profesional actor.'

"Dia tak tau kan?" sapanya ke arah lelaki yang mendekatinya dengan fail di tangan. "Don't worry, sis. Ini Hael lah." ujar lelaki itu sambil hujung jari dibawa menyentuh hidung dengan wajah bangga.

"If something goes wrong-" Wajah diketatkan umpama memberi arahan.

"Don't make that look. I know what I'm doing." ujar Hael dengan riak wajah yang sengaja disedihkan. "I know you can always make it right. Good luck, then." ujar lelaki itu dengan kening terangkat sebelum mengatur langkah meninggalkan gadis itu. Dia mendekati guru disiplin yang berada dihadapan.

Seorang demi seorang pengawas mendekati guru disiplin itu untuk menyerahkan beg plastik yang dipegang. Soalan demi soalan. Sindiran demi sindiran. Aqish hanya mengulingkan bebola mata ke atas. Dia menoleh ke arah barisan itu. Gadis yang menghantarnya tadi mula melangkah ke hadapan dengan dua beg plastik di tangan.

"Rokok. Siapa punya ni?"

Diam. Tiada siapa yang bersuara. Guru disiplin itu mengukir senyum sinis sebelum dia melempar pandang ke arah fail di tangan. "Haziq Hilman, 5 Engene." pantas sahaja mata mencari pemilik nama yang dipanggil.

"Kenapa kamu diam ? Tak nak mengaku ni kamu punya ?"

"Kenapa saya nak mengaku ? itu memang bukan saya punya." Haziq bersuara membalas.

"Habis tu, siapa punya ? Zaril ?" Guru disiplin itu mula bernada sarkartis, menyindir.

"Mungkin. Dia bukan baik sangat pun. Siapa tau dia letak dalam beg saya lepastu buat-buat periksa."

"Kamu buat lawak apa? Yang periksa beg kamu, pengawas lain."

"Tapi dia ketua pengawas. Semua pengawas kena ikut cakap dia."

"Kamu ada bukti?"

Diam. Tiada balasan. Jelas kelihtan Haziq cuba memikir tipu daya di otaknya. Baru sahaja ingin membuka mulut, kata-katanya dipotong. "Bawa benda terlarang. Buat alasan. Menuduh tanpa bukti. Sampah."

Aqish tersenyum sinis. Senyum penuh sindiran dan kepuasan dalam satu masa. Sinis menyindir guru disiplin yang bebas melakukan apa sahaja termasuk bercakap secara tak formal kepada murid yang melakukan kesalahan. Kasar. Dia dah terbiasa, jadi itu bukan masalah utama. Namun, untuk kali ini terselit kepuasan kerana murid itu layak menerimanya. Kelihatan wajah tidak puas hati jelas terpapar di wajah Haziq.

"Ini mesti perempuan. Siapa punya koleksi alat solek ni?"

Diam.

"Tak nak mengaku ?" sekali lagi mata dikerling ke arah fail di tangan. Keningnya sedikit berkerut.

"Tak payah cari. Nama saya tak ada dekat dalam fail tu." ujar Aqish sambil berdiri menunjuk wajahnya membuat dia menjadi tumpuan. Dia kemudiannya meletakkan tangan ke belakang dengan lagak selamba. "Nur Aqish, 5 Hybe."

Kata-katanya disambut dengan beberapa riak wajah. Riak terkejut Zaril. Riak bengis guru disiplin. Riak sinis Haziq. Dan riak malas orang di dalam bilik sana.

"Tak payah perkenalkan diri. Saya dah kenal kamu. Tukang masalah."

Aqish tersengih kecil. Antara sebab-sebab dia masih bebas buat masalah di sekolah adalah tak semua orang tau status sebenarnya. Yang tau pun hanyalah orang-orang tertentu. Jadi, nama papanya tidak akan terlibat dalam permasalahannya.

"Jadi, apa alasan kamu ? Saya nak penjelasan yang tepat dan padat. Bijak sahaja tak guna."

Aqish mengerling ke arah Haziq sebelum menjawab, "Jangan risau, saya tak akan bagi alasan sampah pada cikgu tapi sampah yang sebenar."

"Tak payah nak sindir kawan lain. Cakap cepat. Saya ada banyak masa untuk diluangkan bersama kamu."

"Saya sangat hargai. Firstly, saya tau cikgu dah naik muak tengok muka saya sebab saya dah selalu ulang alik bilik ni. Tapi, cuba cikgu ingat kes apa yang kerap terlibat dengan saya ?" ujarnya sarkartis.

"Membuli. Bergaduh. Ponteng kelas."

Aqish memetik jari sambil bibirnya mengukir senyuman. "Wajar ke seorang yang terlibat dengan kes membuli, bergaduh dan ponteng kelas bawa alat solek ? No, right ? Other than that, I'm a troublesome here. Even you knew me. So, what a troublesome like me has ? A lot of enemy. Kemungkinan besar, orang yang letak benda tu semua adalah orang yang bergaduh dengan saya hari tu."

Sebuah jelingan sinis diberikan kepada Haziq. Wajah selamba jelas terpapar namun Aqish sempat melihat lelaki itu menelan liur.

"Tapi, saya ada kemungkinan lain. Masa saya datang sekolah tadi, saya terjatuh. Jadi, ketua pengawas yang baik hati tu tolong saya. Dia bawakan beg saya. Mungkin dia yang letakkan benda tu."

Guru disiplin itu menoleh ke arah Zaril. Keningnya terangkat inginkan kepastian. Zaril diamkan diri.

"Zaril?" Setelah lama, lelaki itu masih enggan mempertahankan diri.

Aqish melepaskan nafas tidak puas hati namun wajah selambanya masih cuba dipaparkan. "Tapi, saya percaya dia tak buat macam tu."

Senyuman terukir di bibir sebelum dia menyambung, "Seingat saya, saya ada minta tolong orang lain bawakan beg saya sebab saya tak mahu menyusahkan dia." tangan dibawa ke dagu, gaya memikir.

"Haziq Hilman, kau ke yang letak alat solek dekat dalam beg aku?"

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now