07; Another Truth

7 3 0
                                    




"Awak bawa telefon pergi sekolah?" soalan Zaril tidak dibalas sebaliknya dia membawa jari telunjuk ke bibir. "Tunggu sini."

Gadis itu mula bergerak perlahan meninggalkan Zaril. Langkah dibawa ke bilik simpanan peralatan sekolah. Dia kemudiannya mendekatkan diri ke arah tingkap  kacanya yang sudah pecah.

Zaril mendengus perlahan. Tidak puas hati dengan kelakuan Aqish namun masih akur dengan gadis itu. Matanya membulat apabila Aqish kemudiannya menyimpan telefonnya dan mula bergerak ke sisi bilik itu dan mengetuk tingkapnya. Beberapa minit setelah itu, beberapa remaja lelaki keluar tergesa-gesa dari bilik itu.

Aqish yang kelihatan puas dengan perbuatannya didekati. "Macam mana awak tau ada orang dekat dalam bilik tu?"

Kening Aqish terangkat kecil. "Kau tak pernah handle kes pelajar merokok?" sebuah gelengan diberikan sebagai jawapan.

"Bila kau masuk sekolah ni?"

"Itu tak penting. Sekarang ni saya nak awak bagitahu saya kenapa awak bawa telefon ke sekolah."

Aqish memutarkan bebola mata ke atas. "Aku tengok movie sebelum pergi sekolah. Lepas tu terbawak. Puas? Nak report papa? Silakan." Telefon diserahkan kepada lelaki itu sebelum dia berjalan melepasinya.

Zaril terdiam apabila matanya tertumpu pada gambar yang berada di skrin telefon milik Aqish. Gambar beberapa orang remaja yang sedang merokok. Pastinya gambar yang ditangkap oleh gadis itu tadi. Rasa bersalah menyerbu tiba-tiba.

Niatnya yang ingin menegur gadis itu dikuburkan. Dia pantas mengejar langkah Aqish. "Aqish."

Telefon gadis itu dihulurkan semula. Aqish melepaskan nafas perlahan. Tidak mahu bercakap banyak. Namun, kelakuannya itu membuatkan rasa bersalah Zaril semakin menebal.

"Saya minta maaf."

Aqish tidak membalas sebaliknya fokusnya diberi kepada skrin telefon sepenuhnya. Zaril berdecit perlahan. "Aqish, saya minta maaf. Saya betul-betul tak bermaksud macam tu."

Langkah Aqish terhenti membuatkan Zaril turut menghentikan langkahnya. "Truth or dare?"

"Truth?"

Gadis itu menoleh ke arah Zaril sebelum telefon disuakan di hadapan lelaki itu. "Lelaki sebelah kiri tu lelaki yang kita jumpa hari tu kan?"

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now