13 ; The Three

5 0 0
                                    




"Abang betul ke dah okey?" Soalan itu dibalas dengan anggukkan.

"Terima kasih untuk hari itu."

"Tak ada apalah. Saya cuma ikut arahan Kak Aqish je."

Zaril terdiam sekejap. "Semalam- ada apa-apa jadi dekat sekolah ke?"

"Kau tak payah sibuk pasal tu. Fikir je pasal diri kau." Satu suara menyampuk dari arah hadapan. Aqish meneliti lelaki itu dari atas ke bawah. Dia kemudiannya mendekati wajah lelaki itu. Bibirnya kemudian mencebik dengan bahu yang terangkat. "Clean. Not bad."

Beg yang tadinya disandang elok di bahu dilemparkan kepada lelaki itu. Zaril menyambut pantas sebelum melemparkan pandangan pelik. "Bawak beg aku. Kita masuk kelas. Cepat. Kalau aku kena denda sebab lambat, aku buat kau lagi teruk dari hari itu." Ujarnya sebelum terus mengatur langkah meninggalkan mereka.

Zaril menoleh ke arah Hael sebelum lelaki itu menyambut dengan gelengan kepala perlahan.


≪•◦ ❈ ◦•≫



"Laju-laju nak ke mana?"

Aqish berdecit perlahan apabila sekumpulan pelajar lelaki menghadang jalan mereka. Wajah diangkat memandang lelaki yang sedikit tinggi darinya itu. "Nak pergi ke hati kau."

Jawapan Aqish membuatkan lelaki dihadapannya itu tersengih kecil. "Kalau nak pergi ke hati aku, kau tak payah kot nak bawa pembantu." sebuah jelingan dilemparkan ke arah Zaril yang berada dibelakang Aqish.

"Siapa cakap ? Hati kau tu kotor. Busuk lagi. Tak mampu aku nak bersihkan sorang-sorang."

Pantas sahaja langkahnya dibawa melepasi kumpulan itu. Namun, langkahnya terhenti apabila telinganya menangkap bunyi siulan. Tubuh dipusingkan ke belakang. Kelihatan kumpulan lelaki itu sedang mengepung Zaril. Senyuman sinis terukir di bibir masing-masing.

"Aku mesti tak cukup kejam kan sampai kau berani tunjuk muka depan aku."

Zaril tidak menunjukkan sebarang reaksi sebaliknya dia hanya menunjukkan wajah. Tangan memeluk erat beg milik Aqish. What a nerdy. Hati Aqish berdetik sambil matanya diputarkan ke atas.

"No. Not today. Please. Aku tak nak datang lambat ke kelas pagi ni."

Mendengarkan kata-kata Aqish, beg ditangan Zaril dikerling. Dia kemudiannya memandang rakan-rakannya yang lain memberi arahan melepaskan Zaril. Zaril pantas sahaja mengatur langkah mendekati Aqish.  Namun langkah Zaril terhenti apabila kolarnya ditarik dari belakang. Tiba-tiba sahaja beg dalam pelukannya berpindah tangan.

"Kau boleh masuk kelas." ujarnya. Dia kemudiannya menoleh ke arah rakan-rakannya. "Kau orang pun." arahan yang sama diberikan membuatkan mereka menoleh antara satu sama lain sebelum pergi meninggalkan mereka.

"Tunggu apa lagi ? Jalanlah!" bentaknya apabila Zaril masih berdiri di tempat yang sama sambil bertukar pandang dengan Aqish.

"Dia satu kelas dengan aku." Aqish bersuara sambil cuba mengambil semula begnya dari tangan lelaki itu.

Sebuah pandangan tajam diberi kepada gadis itu. Beg di tangan tidak dilepaskan sebaliknya pegangan di beg diketatkan. "Dia boleh jalan dekat depan."

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now