27; Proposal

7 0 0
                                    




"Dapat tak ?"

Wanita itu menggelengkan kepala perlahan. Pantas sahaja masing-masing mengatur langkah turun dari kereta dalam keadaan tergesa-gesa.

"Uncle, Aunty." suara Danish membuatkan kedua figura itu pantas bergerak mendekati Danish.

"Mana Aqish ?"

"Aqish... Aqish.."

"Danish, mana Aqish ?"

"Aqish... dekat belakang."

Tidak menunggu lama, kedua figura itu pantas mengatur langkah ke arah yang ditunjukkan oleh Danish.

Masuk sahaja ke perkarangan rumah itu, dada mereka terasa seksa. Gelap menyapa pandangan. "Aqish ?"

"Aqish mana kamu ?"

TIba-tiba kawasan gelap itu diterangi cahaya lampu. Warna-warni lampu menyinari taman itu. "Papa, Aunty Julia."

Pantas sahaja kedua figura itu menoleh ke belakang. Kelihatan Aqish sedang tersenyum manis ke arah mereka. "Aqish !" Papa Aqish pantas merangkul tubuh anaknya itu.

"Aqish tak apa-apalah." ujar Aqish dengan sengihan kecil.Dia kemudiannya melepaskan pelukan dan berjalan ke arah Aunty Julia.

"Aqish nak minta maaf pasal kejadian hari tu." ujarnya sambil memegang kedua belah tangan wanita itu. "Aqish minta maaf kalau Aunty terasa hati dengan Aqish. Jadi, Aqish sediakan benda ni semua untuk Aunty dengan papa."

Dia kemudiannya mendekati meja yang terletak di satu sudut sebelum kembali dengan sesuatu di tangan.

"Kalau nak tunggu papa, lambat sangat." katanya membuatkan Aunty Julia dan papanya bertukar pandangan. Gadis itu pantas melutut.

"Sudi tak Aunty jadi mama baru Aqish ?"

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now