06; Fun

7 2 0
                                    




"Aqish, kamu betul tak mahu cakap apa-apa dekat papa?"

"Papa nak Aqish cakap apa?"

"Apa-apa sahaja yang patut papa tahu."

Aqish meletakkan buku yang berada ditangannya. Dia menoleh ke arah tempat pemandu. "Papa tumpangkan Aqish harini sebab nak tanya benda tu je? Bukan Zaril dah bagitau papa semuanya?"

Kedengaran tawa kecil terlepas dari bibir tua lelaki itu. "Macam mana kamu tau Zaril bagitau papa?"

Soalan lelaki itu tidak dibalas. Aqish hanya mendengus perlahan sebelum fokusnya kembali kepada buku ditangan.

"Papa bukan apa, papa curious. Papa tak tahu Zaril tu perahsia atau kamu selalu berkasar dengan dia, tapi papa betul-betul nak tau apa maksud dia."

"Can you just straight to the point? What did he say?"

"Dia kata kamu tolong dia. Papa suruh dia ulang banyak kali and turn out I heard it that way. At first, I thought he just make something to cover you up but-"

"Come on, papa. I'm not that bad. I'm helping he with his study, aren't I?"

"Are you sure? Kamu tau kan menipu dalam bulan puasa ni berdosa?"

Aqish mendongakkan kepala pasrah sebelum dia menganggukkan kepala malas.


≪•◦ ❈ ◦•≫



Sudah hari ke lima Ramadan dan selama itu juga Aqish tidak banyak membuat kerenah. Ditanya sepatah, jawabnya pun sepatah. Kewujudannya juga diakui di setiap kelas. Cumanya dia tiba-tiba sahaja memiliki hobi baru.

"Aqish, bangun."

Tangan naik menggosok mata perlahan. Sekeliling dipandang dengan dahi yang sedikit berkerut. Hanya ada Zaril sahaja dihadapannya.

"Pengetua ada urusan hari ni jadi tak boleh hantar kita balik. Awak larat ke nak jalan kaki?" soalnya prihatin. Semenjak mereka mula berpuasa, Aqish tidak lewat ke sekolah kerana dia menumpang papanya. Kalau pulang sekolah pula, Zaril akan mengikuti mereka pulang untuk sesi pelajaran mereka. Zaril kemudian dihantar oleh papa Aqish atau lelaki itu akan meminta pembantunya untuk menghantar anak muda itu pulang ke rumah.

Tawaran Aqish untuk menemani lelaki itu pulang selalu ditolak dengan pelbagai macam alasan sama persis dengan kejadian yang berlaku sebelumnya. Dalam paksa, Aqish akur sahaja. Walaupun begitu, dia masih cuba mencari jalan untuk merealisasikan hasratnya.

"Kenapa kena hari macam ni? Dah lah panas." rungut Aqish tidak mempedulikan soalan Zaril.

"Kalau awak tak larat-"

"Aku laratlah. Aku bukan budak-budak yang baru belajar puasa." ujarnya sebelum beg disandang ke bahu.

Mereka mula berjalan keluar dari kelas. Namun, Aqish tiba-tiba sahaja memberhentikan langkahnya. Dahinya berkerut seketika sebelum dia menoleh ke arah Zaril. "Let me have a little fun."

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now