10; All I Heard-

7 3 0
                                    




"Ambil ni."

Lelaki itu mengambil lolipop yang disuakan kepadanya. Pantas tubuhnya dipusingkan menghadap Aqish yang berada ditempat duduk belakang. "Akak, serius ke ni?"

"Hmm. Kenapa?"

"Mesti ramaikan orang yang akak bagi benda ni sampai akak lupa saya." Kening Aqish terangkat. Dia meneliti lelaki itu atas bawah. "Kau ? Budak indigo yang jaga wings kiri pagar sekolah masa tu. Hael, kan?"

"Akak ingat nama saya?"

"Told you have nice name."

"Terima kasih."

"Aku patut terima kasih dengan kau. Untuk hari tu dan hari ni." Hujung matanya di arahkan ke dalam kereta sebelum menoleh semula ke arah lelaki dihadapannya.

Hael hanya tersengih kecil. Dia kemudiannya menoleh ke dalam kereta untuk melihat figura yang sedang tidur di dalamnya.

"Saya ada dengar banyak cerita pasal abang tu dari kawan-kawan saya. Diorang kata dia sombong, tak pandai sangat tapi disebabkan dia rapat dengan pengetua semua benda dia dapat. Sebab tu ramai orang tak suka dia."

"Kau pun tak suka dia?"

"Saya okey je. Cuma saya rasa kesian. Sebenarnya, dia cuma jalankan tugas sebagai pengawas. Dia dah cuba untuk tak ambil kesah pasal pelajar bermasalah. Tapi tak tau kenapa even kes yang dia tak handle pun, orang tetap akan balas dendam pada dia. Saya ingatkan senior yang selalu bergurau kasar dengan dia tu kawan-kawan dia. "

"Kau tak boleh beza bergurau dengan buli?" nada suara Aqish seakan memerli.

"Bukan macam tu. Abang tu tak kesah langsung bila kena pukul sambil lalu. Dia cuma senyum. Saya ingat tu kawan-kawan dia dari kelas lain. Diorang bukan pukul masa dia tengah handle kes tapi lepas dia handle kes. Jadi tak ada siapa tau melainkan dia sendiri." Hael bersuara mempertahankan dirinya dari dituduh.

"Tapi saya respect akak. Akak pukul diorang sikit je, terus diorang lari. Mana akak belajar?"

"Aku pernah belajar masa kecil dulu." beritahu gadis itu ringkas. Hael menganggukkan kepala tanda faham.

"Kau boleh tolong aku tak?"


≪•◦ ❈ ◦•≫



"Mana Aqish?"

"Dia dah balik. Ni, dia suruh abang bawa abang tu berbuka lepastu hantar dia balik." Dua keping wang bernilai Rm50 dihulurkan kepada lelaki itu. Mata Danish membulat. "Nak buat apa duit banyak-banyak ni?"

"Rm50 untuk makan sama-sama. Rm50 lagi untuk kita berdua."

Danish pantas sahaja menyambut huluran adiknya itu.

"Kalau kita tak buat apa yang dia suruh, abang tak akan jumpa jalan balik sekolah esok."

Danish mendongakkan kepala ke atas gaya pasrah.

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now