19; Relationship

5 0 0
                                    




Sedari tadi bibirnya tak lekang mengukir senyuman. Kehadiran wanita yang seumuran dengan bapanya itu membuatkan dia gembira tidak terkata. Aunty Julia.

Kawan baik arwah ibunya. Lebih tepatnya, ibu angkatnya. Orang yang menemaninya semasa ibunya pergi. Menjaga serta merawatnya buat seketika waktu sebelum pulang ke America, ke pangkuan suaminya. Orang yang dia rindui bagai ibu kandungnya.

"Aunty, I thought I will never see you again."

"Me too, sweetheart." Wanita itu pantas mendakap Aqish erat.

"Dah tak payah nak drama. Aqish, tolong Aunty Julia siapkan juadah berbuka."

"Ay Ay sir."

Sepanjang masa itu, rumah riuh dengan suara Aqish dan Aunty Julia berkongsi cerita. Belum lagi dengan kehadiran pembantu rumah yang turut berkongsi cerita tentang Aqish. Sesekali kedengaran suara gelak tawa mereka bertiga.

Makanan sudah siap dihidang. Namun, cerita masih banyak dikongsikan. Sehinggalah azan mula kedengaran, mereka menikmati juadah berbuka puasa masing-masing.

"In the past two month, I have a very freaking lonely. I'm glad that you're here now."

"Ya, sayang. Aunty tau. Selama ni, papa kamu banyak bercerita tentang kamu. Dia cakap kamu buat dia pening kepala. Habis semua cerita tentang kamu dia luahkan pada Aunty."

Serta-merta bunyi sudu dan garpu berlaga dengan pinggan terhenti. Aqish terdiam sejenak.

"Kenapa ni, sweetheart?"

"Truth or dare ?" soal Aqish tiba-tiba.

"Untuk apa-"

"Truth or dare?" pegangan pada sudu dan garpu diketatkan. "Okay, Aunty pilih truth."

"Did you guys seeing each other in the past two month ?"

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now