14 ; The Rules

5 0 0
                                    




Lip gloss. Compact powder. Eyes shadow. Aqish yang tadi diam tidak berkutik mengukir senyuman apabila beberapa lagi alatan make up yang tidak dia tau kegunaannya dikeluarkan satu persatu dari dalam beg sandangnya. "Bawa dia ke bilik disiplin."

Pantas sahaja dia mengatur langkah meninggalkan kelas mengikuti seorang gadis berbaju maroon. Sempat pandangan dilemparkan kepada Danish yang meletakkan tangan di dahi membuat gaya memberi hormat. Aqish kemudiannya menghampiri gadis dihadapannya setelah mereka sedikit jauh dari kelas. "Ada pengetua sekali?"

Gadis berbaju maroon itu menganggukkan kepala. "Ada orang buat report akak bawa barang terlarang pada pengetua. Kita orang sepatutnya tarik akak sahaja but we have dicuss to be fair."

Aqish menganggukkan kepala laju. Mereka berhenti dihadapan pintu bilik disiplin. Gadis berbaju maroon pantas membuka pintu bilik itu menyuruh Aqish masuk. "Good luck." bisik gadis berbaju maroon perlahan.

Langkah di atur masuk ke dalam sebelum pintu tertutup rapat. "Duduk dulu." Seorang lelaki sedikit berusia memberikan arahan. Dia kemudiannya melangkah ke bilik kecil di suatu sudut. Dari pintu kaca lut sinar itu, Aqish dapat lihat lelaki tadi sedang berbual dengan lelaki yang sangat dikenalinya. Lebih tepat lagi, lelaki itu sedang berbincang dengan bapanya tentang sesuatu yang pastinya dia terlibat.

'No worries, Aqish. Something need to be sacrifie to get a goal.' ujar hati kecilnya. Nafas dilepas perlahan sebelum posisi duduknya ditukarkan kepada posisi yang lebih selesa. Posisi duduk seorang pelajar bermasalah.

"Itu bukan aku punya!" jeritan di luar bilik disiplin itu menarik perhatian beberapa pelajar yang turut berada di dalam bilik disiplin itu. Pintu dibuka dan beberapa pelajar berbaju maroon kelihatan memegang beg beg plastik. Di antara mereka, kelihatan seorang pelajar lelaki berbaju maroon sedang memegang erat lengan seorang pelajar berkemeja putih. Mereka berdiri dalam barisan sedikit jauh dari pelajar biasa. Serentak itu, seorang guru lelaki yang sedikit beruban dengan wajah bengis memunculkan diri membuatkan pelajar yang sedang duduk tadi semuanya berdiri dengan perasaan takut.

Semestinya, bukan Aqish. Dia masih lagi duduk dibelakang pelajar pelajar yang sedang berdiri dihadapannya, tidak terganggu.

"Zaril." Nama lelaki yang berada di hadapan barisan dipanggil. Zaril pantas mengatur langkah dan memberi tunduk hormat kepada lelaki itu. Dia kemudiannya memberikan isyarat kepada seorang lelaki yang memegang sebuah fail dalam barisannya. Menerima arahan dari sang ketua, lelaki itu pantas bergerak menyuruh pelajar di sampingnya membuat barisan sebelum menyoal nama dan kelas masing-masing. Pelajar yang tadinya dipegang turut di tolak masuk ke dalam barisan.

Pelajar itu mendengus perlahan. Apabila tiba namanya di soal, dia memaparkan wajah tidak puas hati.  Pandangan matanya dihalakan tepat ke arah Zaril yang berada dihadapan sana. "Haziq Hilman, 5 Engene."

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now