09; Take It Or We Death

7 3 0
                                    




"Danish, aku nak balik dengan kau hari ni boleh?"

"Wah jarang-jarang. Kau nak ikut aku balik ke nak aku hantar rumah kau?" Melihatkan Aqish sudah mengangkat buku ditangan ingin memukulnya pantas sahaja dia menjauhkan diri. "Aku gurau je. Semenjak puasa makin sensitif. Tau lapar."

Aqish tidak membalas sebaliknya membuat wajah setuju dengan kata-kata Danish. "Mana Zaril?"

"Kenapa kau tanya aku pulak?"

"Dia kan selalu balik dengan kau. Tak akan kau nak tinggalkan dia ?"

"Biar dia lah. Dia dah besar, bukan budak-budak. Pandailah dia balik sendiri."

Langkah Aqish dihentikan oleh Danish. "Walaupun kau marah dia, janganlah sampai macam ni sekali. Bulan puasa kena buat baik tau, dapat pahala."

"Dia boleh jaga diri dia sendiri."

Mendengarkan itu, Danish pantas mengunci mulutnya. Tidak mahu bermain dengan angin, silap langkah taufan yang datang.

"Kau tunggu apa lagi?"

"Aku tunggu adik aku. Hari ni aku park kereta dekat tempat lain, aku takut dia sesat." Aqish hanya sekadar mengangguk polos.

Seketika, seorang lelaki berkemeja maroon mendekati mereka dengan tergesa-gesa. "Kau kenapa? Kena kejar hantu?" Soal Danish apabila lelaki itu cuba mengawal nafasnya.

"Abang- adik nampak ada orang kena pukul." ujarnya dalam nafas termengah-mengah.

"Kena pukul? Teruk? Dekat mana?"

Aqish mengerutkan dahi mendengar perbualan dua beradik itu. Kelihatan budak lelaki yang sudah semput mengawal nafas itu mengangguk laju. "Lorong tepi gudang."

"Siapa?" Danish menyoal lagi. "Tak tau. Adik rasa dia pengawas."

Danish tersentak apabila Aqish laju mengatur langkah meninggalkan mereka. Risau jugak rupanya. Detik hatinya sebelum tutut mengatur langkah.


≪•◦ ❈ ◦•≫



Zaril menggelengkan kepala apabila sebotol air mineral disua kan kepadanya.

"Kau sure ke kau boleh puasa dengan keadaan macam tu?" soal Danish apabila sedar situasi dingin ditempat duduk belakang itu.

Pantulan Zaril yang sedang mengangguk ke arahnya terlihat dicermin. Seketika kemudian kedengaran erangan halus melepasi bibir lelaki itu. Danish yang mula risau pantas memandu ke arah taman reaksi berdekatan. Enjin kereta diberhentikan.

Tanpa banyak suara, dia keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pintu sebelah pemandu. Lengan yang berlapik kemeja itu ditarik memaksa lelaki itu keluar. Perbualan mereka tidak dapat didengari Danish dan Zaril Seketika kemudian, lelaki itu masuk ke tempat duduk belakang manakala Aqish mengatur langkah entah ke mana.

Si lelaki itu mula mencapai peti kecemasan dibahagian belakang sebelum dia mendekati Zaril. "Kau nak buat apa?" soal Danish melihat tingkah laku adiknya itu.

"Akak tu suruh bersihkan luka abang ni."

Terangkat kening Danish. "Kau pandai ke?"

"Akak tu dah bagitau apa yang kena buat." balasnya sebelum tangannya lincah mengeluarkan alatan yang diberitahu.

"Tak apa-"

Baru sahaja Zaril ingin menolak, lelaki itu pantas menjawab. "Kalau abang tak nak, dia suruh saya buat abang makin sakit. Kalau saya tak buat abang sakit, kita semua akan sakit. Saya tak nak sakit."

Danish dan Zaril berbalas pandangan sambil menelan liur yang terasa kelat.

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now