16; Father's Permission

5 0 0
                                    




"See ? I told you."

"Baik, papa minta maaf. Papa salah, okey ?"

Aqish mengukir senyum lebar . "Tapi, ini tak bermakna kamu boleh buat perangai yang sama. Kamu nampak sendirikan akibatnya ?"

"Ya, papa." Balas gadis itu sebelum tangannya menggapai buku tebal di atas meja.

"Aqish, macam mana kamu kenal Hilman ?" Kening Aqish terangkat. "Hilman, who ?"

"Hilman. Haziq Hilman."

"We're school mate." balas Aqish berahsia. Mana mungkin dia beritahu perkara sebenar. "Kenapa ? Papa macam kenal dia je."

"Ha, papa macam pernah nampak dia somewhere. Tapi, papa tak ingat dekat mana." Aqish menganggukkan kepala perlahan, tak acuh.

"Papa lupa bagitahu. Zaril akan berbuka dengan kita esok. Dah berapa hari papa tak makan dengan dia." Kali ini, Aqish tidak menjawab. Jelas kelihatan dia sudah hanyut dalam dunia bukunya.

"Nur Aqish!" Pantas gadis itu menoleh ke arah papanya dengan wajah cemberut. "What ?"

"Nak keluar tak petang esok?"

"Can I ?" sekelip mata wajahnya bertukar ceria. "Yes, you can. Sebagai tanda minta maaf papa."


≪•◦ ❈ ◦•≫



Kepala didongak memandang papan tanda kedai itu. Skrin telefon dikerling sekilas. Dahi berkerut. Semenjak bila entah papanya suka makan manisan. Mana tidaknya, papanya asyik bercakap tentang manisan . Fikirnya, papanya mahu dia membeli manisan itu untuk berbuka puasa. Jadi, disinilah dia. Berdiri dihadapan cafe yang menjadi bualan mulut papanya.

Nafas dihembus perlahan. Malas mau fikir panjang, langkah terus sahaja di atur masuk ke dalam. Matanya pantas sahaja membulat."Kau?"

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now