11; The Daughter Of Principal

8 3 0
                                    




"Kamu tengok apa yang kamu dah buat."

Perlahan telefon yang diletakkan di atas meja diambil. Anak panah ditekan. Sebuah video berdurasi 2 minit bermain di layar skrin telefon. Video seorang gadis sedang bergaduh dengan beberapa orang lelaki. Wajahnya terlihat jelas terpapar di skrin itu. Kejadian semalam.

"Tuan, ni hanya separuh daripada kejadian sebenar." Aqish pantas bersuara.

"Jadi betullah kamu pukul dia orang?"

Aqish berdecit. "Ya, saya pukul dia orang tapi tindakan saya ni dipanggil self defence."

"Self defence apa ke benda nya, Aqish ? Kamu tengoklah orang yang kamu pukul tu. Ada dia orang melawan balik?"

"Tapi pa, dia orang membuli !" sedaya upaya dia ingin mempertahankan diri.

"Kalau betul dia orang membuli, mana mangsanya ? Yang papa nampak sekarang, kamu yang membuli !"

Aqish menahan rasa apabila suara lelaki itu turut naik membantah kata-katanya. Dia memainkan semula video itu. Sedaya upaya ingin memperlihatkan ada seseorang yang sedang terbaring lemah di sana. Tapi, video yang hanya memperlihatkan separuh badannya itu membuatkan dia mendengus hampa.

"I tell you the truth ! Ada orang kena buli dekat sana !"

"Sudah lah tu Aqish, kamu tau kan bulan puasa ni tak baik menipu. Papa dah tak tau nak buat apa dengan kamu ni."

"Tapi papa-"

"Apa sekalipun alasan kamu, papa tak akan percaya. Kamu janji dengan papa yang kamu nak berhenti belajar benda ni tapi tengok sekarang apa yang jadi ? Kamu salah guna kuasa kamu ! You broke the promise !"

Aqish menundukkan kepalanya. Apa sekalipun yang dia ingin utarkan tidak akan dilayan. Apa lagi kalau dia beritahu lelaki itu bahawa mangsa kejadian itu ialah Zaril. Tak akan dia nak suruh Zaril yang terang lagi bersuluh tak mahu dia masuk campur dan tidak mahu melibatkan mana-mana pihak itu membelanya ? Lagi-lagi dengan hubungan dingin mereka sekarang.

Telefon diletakkan semula ke atas meja. "Tunggu sahaja apa keputusan guru disiplin kamu. Kamu boleh balik ke kelas."


≪•◦ ❈ ◦•≫



Mata terbuka apabila tekak terasa kering. Dia memerhati sekeliling. Hanya ada beberapa pelajar lalu lalang di kawasan itu. Jam dipergelangan tangan dikerling. Dia dah terlepas hampir semua kelas hari ini. Pantas sahaja dia bangun dari duduk. Sekurang-kurangnya dia boleh hadirkan diri di kelas terakhir hari ini.

"Aqish. Aqish. Aqish." Langkah kaki gadis itu terhenti apabila ada beberapa orang lelaki menghalangi jalannya.

"Ni anak pengetua tu kan ? Macam mana ? Dah dapat hadiah yang saya bagi ? Suka tak ?"

Aqish yang tadinya sudah menayang wajah meluat pantas menyungging senyum. Tangan ditepuk kuat-kuat. "Suka sangat. Hadiah paling mahal setakat ni. Tak sangka pulak kau ni pandai orangnya. Aku fikir benda tu ada dalam drama korea je. Opss, jangan cakap dengan aku yang kau sebenarnya layan drama korea jugak ?" Tawanya dilepas semakin kuat apabila lelaki-lelaki dihadapannya sudah menoleh antara satu sama lain.

"Tapi aku patut minta maaf. Aku anak kesayangan papa." Aqish mula mendekati lelaki dihadapannya. Tanda nama dikerling sebelum sesuatu dimasukkan ke dalam poket kemeja lelaki itu.

"Untuk berbuka, itu pun kalau kau puasa. See you again, Haziq." Terus sahaja dia berjalan pergi meninggalkan kumpulan remaja itu.

Haziq pantas mengeluarkan lolipop yang berada di dalam poket bajunya. Wang bernilai RM10 yang bergulung di batang lolipop itu dipandang pelik.

30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now