03; Day One

14 4 0
                                    

Aqish yang sibuk mengulangkaji pelajaran di ruang tamu pantas melihat ke arah jam setelah pendengarannya menangkap bunyi enjin kereta. Pantas paket cool fever dibuka sebelum ditampalkan di dahi. Dia kemudiannya menyelitkan paket kosong tadi ke dalam tong sampah yang dipenuhi plastik makanan ringan. Hoodie yang menutup kepala diketatkan.

"Papa-" sapaan Aqish terhenti apabila sebuah figura yang tidak diingininya elok mengekori belakang papanya.

"Ha, Aqish macam mana demam kamu?"

"Okey. Kenapa dia ni ada dekat sini?" soal Aqish sambil mata tajamnya melihat sekilas ke arah papanya.

"Kamu kan dah janji nak bantu dia, tapi hari ni kamu tak datang sekolah. Jadi papa bawa dia ke sini supaya kamu boleh bantu dia."

"But papa isn't a boy and a girl in one room is forbidden?" perlahan suara menyoal. Anak matanya masih lagi menikam lelaki yang sudah menundukkan wajahnya. Perlahan anak mata itu bergerak menoleh ke arah lelaki berusia dihadapannya pula.

"Apa yang forbidden? He has my permission. Zaril datang sebab nak study bukan buat benda bukan-bukan."

Aqish mengetap bibirnya.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Helaian demi helaian diselak. Askara askara bahasa jepun itu langsung tidak menarik perhatiannya. Lelaki yang sedang sibuk menyelesaikan tugas disebelah sana menjadikan mood belajarnya hilang dari peta.

Sampai ke rumah kau cari aku? Kau tau tak aku pura-pura sakit hari ni sebab tak nak jumpa kau dekat sekolah? Hehs. Semakin kasar selakan helaian buku di tangannya itu melepaskan geram yang berbuku di hati.

"Aqish."

"Apa?" Kasar nada suaranya menjawab.

Zaril menundukkan kepala sebelum membuka mulut, "Saya minta maaf."

Bertaut kening Aqish mendengarkan kata-kata lelaki itu. "Apa?"

"Saya minta maaf." ulang Zaril lagi.

"Untuk?" soal Aqish keliru.

"Untuk semuanya." Automatik Aqish memusingkan bebola mata ke atas. "Tell me what it is all about."

Zaril mengetap bibir kejap sebelum dia bersuara semula. "Saya minta maaf sebab datang rumah awak. Sebab buat awak study dekat luar. Sebab ikut sahaja cakap pengetua bila dia nak awak ajar saya. Minta maaf sebab tegur awak pasal bribe pengawas. Minta maaf sebab saya terima je bila kena pindah ke kelas awak. Minta maaf sebab saya buat benda yang awak tak suka. Minta maaf sebab buat awak tak suka saya. Saya minta maaf untuk semuanya. Saya-"

"Truth or dare?"

"ha?" Zaril menyoal dalam nada keliru.

"Truth or dare? Choose."

"Truth?"

"Kenapa kau baik sangat?"

♡♡♡♡♡

April 17 2021

Ramadan 05

Ramadan 05

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
30 Days| CompletedWhere stories live. Discover now