Alhamdulillah... doa kita untuk bertemu Ramadan telah di makbulkan Allah SWT.
Semasa tulisan ini ditulis pada Ramadan 1441 lepas, tidak dijangka sama sekali di waktu itu, ia akan berulang lagi sekali selepas tempoh satu tahun. Tetapi itulah yang telah ditentukan Allah. Segalanya penuh hikmah di sebaliknya.
https://www.wattpad.com/871278979-kembara-15-ramadhan-kareem-pkp
Pada Ramadan tahun lepas bilangan yang di jangkiti virus C19 masih rendah namun SOP ketat telah diperkenalkan sehinggakan tiada solat terawih dibenarkan di mana-mana surau atau masjid. Ramai bakat imam-imam terawih baru di gilap di kalangan ayah-ayah, pakcik-pakcik dan abang-abang di rumah masing-masing. Juga tiada bazar ramadan dibenarkan, maka ramailah chefs berbakat muncul di kalangan emak-emak, makcik-makcik dan kakak-kakak, selain pekerjaan yang tiba-tiba menjadii popular, penghantar makanan bermotosikal menghantar juadah ke pintu rumah-rumah pelanggan dari restoren dan outlet makanan besar dan kecil....
Banyak sekali dugaan, pengalaman, suka, duka di sepanjang ujian setahun covid-19 melanda dunia....Semoga tiada Ramadan PKP III di tahun depan dan seterusnya. Entry kali ini tiada apa-apa yang menarik...hanyalah seketsa di dalam masyarakat di sepanjang Ramadan PKP II ini.
Berat mata memandang berat lagi motosikal yang membawa. Semoga di mudahkan urusan ibu ini.
Ramadan tanpa bazar ramadan mungkin kurang meriah bagi sesetangah orang...tetapi ingatlah, virus covid tidak mengenal siapa, jagalah SOP ....