Ism (: اسم) Nama, Name - adalah identiti yang diberikan kepada sesaorang sejak bermula selepas lahir sehinggalah ke akhir hayatnya.
Selalu orang sebut..."Ada apa pada nama?"... Jangan di salah ertikan, frasa tersebut. Ia bukan bermakna nama itu tidak penting, tetapi ia bermksud kita janganlah hanya terlalu membanggakan nama dan keturunan sahaja...akhlaq dan budi itu lebih penting
Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada ibu ayah supaya ia tidak memberi kesan kepada mereka di masa hadapan.
Ini petikan diambil dari satu tulisan: https://afyan.com/apa-ada-pada-nama.html/
Nama memainkan peranan yang penting kerana nama adalah yang akan dipanggil dan mewakili siapakah diri kita. Beberapa perkara perlu diingat berkenaan nama, di antaranya ialah:
1) Anak-anak akan membawa nama tersebut sehingga ke hari tua mereka.
2) Nama juga memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada diri pemilik nama agar menjadi seindah namanya.
3) Nama negatif memberi gambaran negatif kepada anak-anak.
4) Nama adalah identiti seseorang yang akan merefleksikan siapakah kita.
5) Nama akan hadir terlebih dahulu sebelum kehadiran diri kita dan dengan nama akan terlahirnya gambaran hebat, dan berkaliber.
Rasulullah SAW pernah berkata kepada seorang sahabat yang menjadi utusan terakhir bagi pihak Muslimin untuk urusan perjanjian damai dengan kaum Quraish sebelum pembukaan Kota Makkah. Nama sahabat tersebut ialah Suhail Bin Amr (Suhail bermaksud mudah). Baginda berkata sambil tersenyum 'Insya Allah, hari ni urusan kita akan dipermudahkan'. Sungguh bahawa nama yang indah dan baik adalah disukai di dalam Islam.
Pilih lah nama yang baik-baik untuk anak-anak dan mudahkan urusan mereka...jangan biarkan mereka menjadi bahan jenaka ata u menghabiskan masa mereka ketika mengisi borang-borang dan sebagainya..