Insya-Allah (: إن شاء الله) bererti "jika Allah menghendaki".
Sebelum pergi lebih jauh, ada sedikit polimik sering muncul di dalam socmed, "ejaan mana yang betul ?... InsyaAllah atau Insyaa Allah ataukah Insha Allah"?.... atau lain-lain
Jawapannya... semua itu tidak tepat sebab ejaan yang betul ialah...... إن شاء الله
Ada yang mengatakan seorang ulamak tersohor telah menegur ejaan rumi yang salah... tapi ini telah dinafikan oleh ulamak tersebut polemik ini datang dari dia, seperti yang dinyatakan oleh halamannya...
Zakir Naik never said anything on how to spell InshaAllah...Please don't spread wrong information without any Official confirmation. Demikian penyataan dari rasmi -Zakir Naik Fans (@zakirbaikfans)
Jadi tak payahlah kita panjangkan polimik mana satau ejaan yang betul..Yang penting, adakah kita amalkan apa yang di suruh Allah mengenai ucapan ini dalam kehidupan kita...
"Janganlah kamu sewenangnya berkata pada sesuatu, sesungguhnya aku akan lakukannya esok. Melainkan dengan menyebut insyaAllah." (Al-Kahfi: 23-24)
Ini arahan Allah... maknaya jangan kita sombong diri seolah-olah dengan usaha kita semata-mata akan menentukan kelangsungan dan kejayaan sesuatu yang dirancangkan.. semua itu berlaku dengan izin Allah... maka ucapkanlah INSYA ALLAH..."jika Allah menghendaki"
Telah lebih satu tahun pandemik Covid-19 melanda dunia dan negara kita..berbagai usaha dan perancangan telah dilaksanakan oleh semua pihak...pihak pemerintah, pihak berkuasa, orang awam.. PKP di seluruh negara diperkenalkan dan di peringkat awal tanda2 pandemik akan berakhir telah nampak dimana pada 1 Julai 2020 (1 tahun lepas), hanya 1 shj kes postif baru dilaporkan...maka semua pihak bergembiralah...ungkapan2 " Kita Menang!, Kita boleh! , Kita pandai!, Kita juara!..Kita terbaik!....." di laungkan di sana sini, sehingga akhirnya masing-masing seperti sudah lupa diri...PKP dilonggarkan... Dilaporkan dalam masa 3 jam sahaja, hotel2 percutian telah penuh di "booking", Malls sudah penuh semula.
Cuba kita lihat apa yang berlaku sepanjang satu tahun kemudian..PKP 2.0, Darurat, PKP3.0, PKPP, PKPD, PKPB, PKPPP......SOP1, SOP2,SOP3.......sehinggakan ramai menjadi sasau hanya hendak menyebutnya. Cerita2 pelanggaran SOP di sana sini menjadi sensasi terutamanya melibatkan golongan elit, artis...sehingga ada yang menyebut golongan kayangan kebal SOP, antara dua darjat dan lain-lain lagi.
Dan setakat hari ini, 4 Julai 2021, terdapat sebanyak 772,607 kes yang telah disahkan di Malaysia dengan sebanyak 700,215 kes sudah pulih sepenuhnya dan 5,434 kes kematian serta 66,958 kes masih aktif.