Di waktu-waktu sekarang ini ramai kita sedang diuji dengan berbagai bentuk ujian dan cobaan.
Ujian kerisauan..risau apa yang akan berlaku, risau akan hilang punca rezeki, risau ahli keluarga akan kelaparan......
Namun yakinlah, rezeki kita Allah tentukan...insyaAllah ada jalan keluar dari sumber-sumber yang kita tidak sangka sama sekali.
Akan sentiasa ada berbagai ujian hidup yang kita akan lalui di sepanjang perjalan hidup kita...hanya KESABARAN sahaja yang akan menjadikan kita kuat untuk menghadapinya.