Selepas dua tahun, diberi rezeki sekali lagi datang ke sini...kali terakhir sampai ke sini beberapa minggu sebelum PKP pertama dahulu. Tetapi kali ini perjalanan di Tasik Banding menuju ke arah selatan, menuju ke Temenggor...pemandangannya sama cantik.
SOP perjalan perlu di patuhi...mesti membuat ujian RTK...hanya yang ada "satu satu garisan" sahaja dibenarkan bergerak...
Air Tasik Banding lebih tenang di waktu pagi..perjalanan lancar.
Kalau di bandar...di larang letak kereta...tapi di sini, bot2 adalah kenderaan utama.
Penduduk setempat memerlukan bekalan minyak yang cukup untuk kegunaan bot-bot mereka
Petugas2 kesihatan & barisan hadapan juga menjalankan tugas mereka dengan menaiki bot-bot
Kayu pokok yang telah mati ini telah berada di dalam air lebih 50 tahun bila empangan Temenggor yang di bina membanjiri kawasan rendah, membentuk Tasik Banding yang luas...tapi masih tegak berdiri kukuh.
Antara orkid2 hutan yang banyak di sini
Tenang menanti senja menjelang...cepat masuk dalam!!!.. hantu dan mambang air akan keluar berkeliaran cari makan tak lama lagi...hahaha