Seekor anak itik pun pandai berkongsi makanan dengan makhluk lain.
Ada perkara atau apa2 yang Allah berikan kepada kita boleh dikongsi dengan orang lain, tetapi sudah pasti, semua itu ada batasannya. Tidak semua pekara atau keperluan kita boleh dikongsi bersama dengan orang lain. Apa lagi jika ia satu amanah yang memang telah diberikan untuk kita menjaganya.
Di waktu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini, perjalanan hidup kita yang biasa kita lalui sudah tentunya berubah. Ada di antara kita yang hanya terkesan sedikit dari segi keselesaan atau pilihan, namun ramai juga dari kita yang terkesan dengan hebatnya. Ada yang diuji dengan perbagai-bagai dugaan sehingga ke satu tahap yang hampir tidak dapat bertahan. Apa-apa pun kita wajib sentiasa ingat, Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuannya...dan itulah doa kita kepadaNya.
Yang paling terkesan mungkin ialah di kalangan ibu2, emak2, ummi2, permaisuri rumah dan seangkatan dengannya, sebab semua ahli keluarga ada bersama di setiap waktu. Kalau anak2 berkeliaran di luarpun nanti ibu2 juga yang akan disalahkan...huhu. Tetapi kalau tujuan untuk memberi pengajaran kepada anak-anak dan orang awam sehingga ke tahap sebegini mungkin bukan pilihan yang terbaik kerana ini akan meninggalkan kesan psikologi kepada anak2 ini, mungkin sehingga satu jangka yang panjang dalam hidup mereka. Jiwa mereka masih hijau, mungkin ada pilihan lain yang lebih baik.
Banyak skesta-sekesta di waktu KPP ditularkan, dengan tujuan untuk berhibur mengurangkan stress...seperti orang putih kata laughter is the best medicine... kalau tak ketawa pun, senyum kambing pun mungkin sudah memadai untuk mengurangkan stress ini. Skesta-skesta di kalangan ibu2 di dapurlahlah yang paling popular sekali nampaknya.