Hari ini 17 Mac 2022...Selamat menyambut hari ulang tahun!!!!
Kebiasaannya, hari ulang tahun disambut untuk meraikan seusatu...tetapi 18 Mac adalah hari ulang tahun Perintah Kawalan Pergerakan PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 akibat dari pandemik Covid-19.
Apakah yang telah berlaku di sepanjang 732 hari sejak PKP pertama di umumkan?...terlalu banyak untuk ditulis atau diceritakan... perubahan2 besar dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negara, dunia...sehingga ada yang berubah 180 darjah.
Dari statistik Covid-19 pada 16 Mac 2022 di Malaysia:
- 3.9 juta orang (dari 33 juta)..lebih dari seorang dalam setiap 10 orang... pernah positive Covid (pertambahan harian ialah 28,298 kes)
- Kes kematian akibat Covid-19: 34,099 (pertambahan kematian harian 105 orang)
- Bilngan anak menjadi yatim sebab Covid-19 (tiada data rasmi, mungkin ratusan ribu)
Tetapi...kenapa seolah2 orang semakin alpa dengan Covid-19?...adakah kerana telah letih dengan segala SOP?. atau yakin telah menjadi kebal sebab vaksin, atau yakin Vaksin adalah penyelamat?
Sebagai seorang islam, kita wajib berikhtiar dalam apa juga tindakan, termasuk pencegahan dijangkiti dari wabak Covid-19...dan vaksinasi adalah satu dari ikhtiar yang di sarankan oleh mereka yang pakar di bidang kesihatan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh yakin (beriman) bahawa vaksin adalah penyelamat nyawa. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang berkuasa dan mematikan sesaorang..Ajal maut Hanya Allah yang mengetahui.
Statistik menunjukkan mereka yang menerima vaksinasi lengkap, kadar kematian disebabkan Covid-19 adalah lebih rendah..inilah usaha dan ikhtiar kita...walaubagaimanapun jangan sesekali "beriman" yang vaksin adalah penentu ajal maut.
1 April 2022 telah diiystiharkan peralihan dari fasa pandemik covid-19 kepada fasa endemik? Tetappiiii...adakah kita pun berubah kepada alpa (sambil lewa) dan melepaskan geram selama ini?
Ini data dari Amerika syarikat:
COVID has killed 1,755 children in the USA
0-4 yrs: 537 deaths
5-11: 385 deaths
12-15: 425 deaths
16-17: 408 deaths
Maknanya..Covid boleh menyebabkan kematian di kalangan anak-anak...termasuklah anak2 sekolah. Oleh itu, teruslah waspada...Slogan "kita jaga kita" perlu ditanam dijiwa...tiada siapa yang nak jaga kita dan ahli keluarga kalau bukan kita.