Salah satu dari 99 Al-Asma'ul Husna adalah Ar-Razzaq (الرَّزَّاقُ), . Nama Allah ini disebutkan dalam ayat-ayat-Nya, di antaranya:
إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلْقُوَّةِ ٱلْمَتِينُ
Ad-dhariyat:58
"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Perkasa".
Penghayatan sifat Ar-Razzaq akan melahirkan manusia yang bekerja dan berdikari. Manusia yang inovatif, suka membuat perkara-perkara baru dan perubahan dalam kehidupan tetapi semuanya berlandaskan hukum syariat Allah. Sekiranya diperlukan, keluarlah merantau mencari rezeki dari seluruh pelusuk dunia kerana kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi.