Dalam Islam, amanah (: أمانة) adalah tuntutan . Lawan kepada Amanah ialah Khianat.
Amanah ialah sifat mulia yang dituntut. Salah satu dari empat sifat wajib Rasul ialah AMANAH
Amanah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, Amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya
Menjaga Amanah itu wajib. Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui" (QS Al-Anfaal 27).