Syawal PKP

122 4 11
                                    


15 April 2021 (4 Ramadan 1442) Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali ketiga, kata perdana menteri

9 Mei 2021 (4  hari sebelum Syawal) - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitri berkuat kuasa Rabu ini. Perdana Menteri berkata, bagi tempoh PKP itu, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi. tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021

Tentunya tersangat ramai yang terkesan dengan berita di atas setelah persiapan menyambut Syawal dan perancangan semasa Aidilfitri telah bermula sejak awal puasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tentunya tersangat ramai yang terkesan dengan berita di atas setelah persiapan menyambut Syawal dan perancangan semasa Aidilfitri telah bermula sejak awal puasa... Tetapi itulah suratan Ilahi...kita hanya boleh merancang ... dan kita pun tidak pasti sama ada tahun ini kali kedua dan terakhir Syawal PKP atau akan ada lagi siri-siri seterusnya di masa akan datang.

Walau bagaimana pun, Aidil fitri pada 1 Syawal merupakan hari kemenangan bagi seluruh Umat Islam untuk merayakan kejayaaan melaksanakan ibadah di bulan Ramadan yang baru ditinggalkan. Semoga kita akan bertemu lagi Ramadan di tahun-tahun hadapan. 

Dengan SOP solat hari raya yang menghadkan bilangan ahli jemaah di surau dan masjid, sekali lagi imam-imam simpanan di kalangan bapa-bapa, atok-atok, abang-abang dapat digilap sekali lagi di tahun ini. Sediakan tongkat untuk dipegang semasa membaca khutbah di depan ahli keluarga. Berziarah kubur mereka yang di sayangi di pagi raya juga tidak dibenarkan semasa PKP ini.

Denga SOP berrziarah juga telah diketatkan, akan berkuranglah tetamu yang akan bertandang...Semoga ini tidah "mematahkan semangat"  ibu-ibu, makcik-makcik dan kakak-kakak untuk terus beraksi lincah seperti biasa...merendang, membakar, mengukus, membalang kuih, mengosok tudung dan kebaya raya... dsb.

Menjelang syawal, banyak akasi-aksi suka dan duka dalam membuat persiapan syawal di sana sini...namun, di mana ada yang bergembira, akan ada yang berduka..begitulah sebaliknya. Itulah lumrah hidup. apa-apa pun syukur kepada nikmat Allah, itulah yang paling utama dan mulia. Sentiasalah kita  hargai apa yang ada, kerana kita tidak tahu bila dan bagaimana ia boleh hilang dari kita.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KEMBARAWhere stories live. Discover now