38 Jalan-jalan Pasca Pandemik

98 3 39
                                    

ceriti2 ini ditulis dah setahun lepas...Jun 2022 ..tetapi tak menarik untuk dipublish...huhuhu

JELI, 28 Mei 2022- Pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand bermula 1 Jun dijangka bakal merancakkan lagi sektor pelancongan domestik dan antarabangsa di negeri ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata pembukaannnya kelak juga penting dalam meningkatkan pelaburan dalam pelbagai sektor. Ini selepas dua tahun negara disifatkan kehilangan punca akibat pandemik COVID-19.


Bila kita bekerja dengan orang...bukan jadi big boss gitew...kenalah ikut cakap apa yang kena dibuat, walaupun kita sebenarnya rasa malas nak buat...huhuhu

Atas sebab "menurut perintah" sebaik2 sahaja sempadan negara2 dibuka sepenuhnya pada 1 Jun 2022, tanpa perlu saringan dan syarat ketat Covid-19 sebelumnya..kena pergi jalan-jalan cari makan ke tempat orang...kali ini ke negara  jiran di utara sana.

Tiga tahun tak keluar...bila cek passport, rupa-rupanya dah expired...aa sudah, satu hal lah pulak nak perbaharui. Proses untuk memperbaharui passport telah dimudahkan, hanya perlu mohon secara online. Tetapi permohonan kita menghadapi masalah...cap jari tidak boleh dipadankan di dalam sistem data JPN...pelik sungguh, ini bukan kali pertama buat passport, kad pengenalan pun ada dalam sistem JPN. Jadi kenalah pergi ke kaunter Jabatan Imegresen Malaysia untuk pengesahan cap jari

Kaunter pejabat dibuka pada hari Ahad...hari cuti, dengan santai2 kita pergilah ke pejabat Imgresen di Bandaraya ini....Puhhh...ramainya orang, barisan panjang 3 kali keliling tingkat bangunan...ramai orang nak buat passport... mungkin nak jalan2 ketempat orang,  lepaskan dendam 2 tahun lebih tak boleh keluar..nombor giliran untuk hari itu pun dah habis.

Isnin cuba lagi...belum pun pejabat dibuka...nombor giliran dah habis juha...huhuhu. Ceritanya ada yang solat subuh ditempat berbaris tu...

Selasa cuba lagi...Alhamdulillah setelah berjam2 berdiri, kaki pun hampir cramp...dapat juga passport baru.

Masalah lain pulak dah...tiket untuk direct flight ke destinasi dah habis...sebab bilangan penerbangan masih terhad dan ramai yang nak kedestinisai yang sama. Terpaksalah cari alternatif, naik flight sambung2  macam bas lompat2.

dari KLIA ke ibu negara Gajah Putih... panjangnya barisan bila sampai sana...masing2 masih berjaga,  memakai mask.

Kemudian kena sambung naik flight dari airline yang tak pernah dengar sebelum ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemudian kena sambung naik flight dari airline yang tak pernah dengar sebelum ni...airline siam..hahaha

hahaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KEMBARAWhere stories live. Discover now