bab 1

65 13 4
                                    

"TZUYU, kau sabar tau. Aku yakin anak kau boleh lawan," Mina menepuk bahu Tzuyu berkali-kali. Semangat cuba disalurkan kepada Tzuyu supaya Tzuyu berasa tenang dan hanya memikirkan yang positif saja. Bukannya dia buta untuk melihat keadaan Tzuyu. Bibir Tzuyu pucat lesi dan pelupuk matanya tidak pernah kering dengan air mata.

Tangan dan kakinya juga tidak berhenti menggeletar. Mina tak mahu pula kesihatan Tzuyu merosot hanya kerana bimbang akan kesihatan anaknya.

"Demam panas macam-macam boleh jadi. Itu jelah yang aku ada dekat dunia ni... Aku takut... Aku hilang anak aku," Tzuyu teresak-esak kecil. Mina merangkul kepala Tzuyu lalu diusap perlahan-lahan.

"Kau ni macam tak percaya je dekat doktor. Yang penting kau bertindak cepat. Kau tahu anak kau sakit, kau terus bawa dia ke hospital. At least, risiko tak adalah tinggi sangat, okay?" Mina cuba bergurau-senda walaupun hakikatnya diri sendiri dilanda resah. Wajah Tzuyu dihadapkan padanya.

"Everything will be okay. Jangan risau," pesan Mina seraya menguntum senyuman kecil. Air mata Tzuyu pantas diseka dengan ibu jarinya.

"Tapi kalau dia tinggalkan aku juga, macam mana?" Tzuyu bertanya perlahan sambil melihat wajah Mina yang tiba-tiba terpempan dengan soalan cepumas Tzuyu. Getaran pada bibir mungil Tzuyu semakin jelas kelihatan.

"Mana tahu Tuhan nak gantikan anak kau dengan sesuatu yang lebih baik," Mina berpura-pura ketawa sambil melakukan gaya 'V'. Tawa palsunya mati tatkala melihat wajah Tzuyu berubah kelat.

"Tak lawaklah, Mina."

Mina menghela nafas berat. Posisi duduknya dibetulkan. Dia bersandar lemah pada badan kerusi lalu merehatkan lengannya di atas dahi.

"Habis tu kau nak suruh aku cakap macam mana lagi supaya kau tenang? Tengok muka kau pun, aku dah tahu dalam kepala otak tu mesti fikir benda negatif je," luah Mina kecewa. Kelopak mata dipejam kemas. Sebagai seorang sahabat, rasa ralat jika tidak berjaya menenangkan hati Tzuyu.

Jeon Mina. Perempuan berumur 22 tahun merangkap sahabat baik Tzuyu sejak mereka berkerja bersama-sama di sebuah kafe di Bandar Seoul. Usia persahabatan mereka baru saja setahun lebih namun keakraban antara dua insan ini mungkin kelihatan bertahun-tahun lamanya.

Walaupun Tzuyu baru saja berumur 18 tahun dan bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini, itu sama sekali tidak menerbitkan rasa kekok antara mereka. Bagi Tzuyu, kehadiran Mina di dalam hidupnya umpama hadiah yang paling bermakna sejak dia dibuang keluarga.

"Mengelamun sampai mana dah?" Mina menyoal ringkas tatkala melihat wajah Tzuyu yang termenung jauh.

"Kadang aku tertanya-tanya, kau penat tak berkawan dengan aku? Aku selalu susahkan kau. Mungkin zahir aku tak nampak tapi aku tahu batin kau terseksa sepanjang kita berkawan," luah Tzuyu kesal. Luahan yang berbaur kekecewaan itu membuatkan dahi Mina berkerut seribu. Apa lagi yang dia tengah fikirkan sekarang ni? Kusut dan tak habis-habis dengan fikiran negatif.

Kalau tak difikirkan emosi sahabatnya yang kurang stabil itu, mahu saja dia campak ke loji kumbahan. Biar otak Tzuyu ditapis bersih sehingga najis negatif dibuang sepenuhnya. Mahu juga dibidas dengan kata-kata bisa namun lebih baik dia diam saja.

Atmosfera mereka bukan berada dalam keadaan baik. Jika berterusan, sudah pasti akan menimbulkan pergaduhan besar.

"Tzuyu, cukuplah kau tahu yang..." Mina menggantung ayat sebelum tangan kanan Tzuyu dicapai lemah. Tautan mata antara mereka membawa satu perasaan sebak yang tiba-tiba bertandang ke tangkai hati.

"Aku sayang kau sangat-sangat," Mina menyambung ayatnya dengan nada tegas namun terselit rasa sayu. Tzuyu menguntum senyuman kecil. Rasa terharu berpusu-pusu menyerbu jiwa raganya. Perasaan sebak dan terharu bercampur menjadi satu.

"Terima kasih, Mina."

Tzuyu memeluk kemas tubuh yang sedikit berisi itu. Dengan siapa lagi untuk dia berkongsi masalah kalau bukan Mina yang sentiasa hadir untuk dirinya.

"Maaf tau sebab buat lawak bodoh tadi. Dahlah, jangan nangis! Kau ni suka buat orang nak ikut nangis sama," cebik Mina lalu mengesat sisa air mata yang meleleh keluar. Tzuyu merungkaikan pelukan lalu tertawa kecil.

Tahulah dia, kalau Mina anti sungguh dengan hal yang berkait dengan air mata. Kalau boleh nak sengal je 24 jam. Ketawa terbahak-bahak sampai rasa senak di perut itu bakat dia.

"Jom sarapan. Lapar," rengek Mina dengan gaya menepuk perutnya yang kelihatan kempis kerana belum diisi apa-apa makanan sejak tiba di hospital. Perempuan dengan makanan, berpisah tiada. Tzuyu berfikir sejenak lalu menggeleng pantas.

"Kesian kau lapar. Kau pergilah makan dulu. Aku risau doktor tak jumpa cari aku nanti kalau dia nak bagitahu aku tentang keadaan anak aku," Yeen membalas pendek. Makin memuncunglah mulut itik Mina.

"Kau kerja kan hari ni?"

Mina pantas mengangguk.

"Pergi sarapan. Nanti gastrik pula waktu kerja. Kau jangan risau, adikmu ini tak apa-apa," Tzuyu seakan memaksa Mina untuk pergi saja tanpa dirinya.

"Sahabat ke macam ni? Nanti dah tak boleh lepak dah. Kau tak kesiankan aku ke?" Mina menyoal dengan nada meminta simpati. Kelopak matanya dikelipkan berkali-kali. Ini perempuan dah macam budak-budak tadika. Tak semengah. Tangan Tzuyu pula digoncang tak henti.

Tzuyu mula rasa serba-salah. Memang benar lepas ni, belum tentu dia dapat meluangkan masa dengan Mina seperti hari-hari sebelum ini. Jari telunjuk Tzuyu bergerak ke atas dan ke bawah sehingga menyentuh pehanya berkali-kali

"Mina, aku bukan apa. Kalau aku dah tahu keadaan anak aku, aku pasti temankan kau tapi kita tak dapat lagi informasi tentang anak aku. Selagi aku tak dengar kata-kata daripada doktor, selagi tu aku tak akan bergerak ke mana-mana. Harap kau faham dan aku minta maaf," Tzuyu membalas tenang walaupun suaranya berbunyi gusar. Raut wajahnya menunjukkan dia benar-benar risau dengan penerimaan Mina. Melihat Mina yang membisu membuatkan Tzuyu faham apa yang ada di fikiran Mina.

"Aku faham. Aku gerak dulu. Nanti aku tapau makanan untuk kau sebelum aku masuk kerja, okay. Kau jangan stres lebih-lebih. Kesihatan kau tu kena jaga. Nak sekolah nanti susah," bebel Mina dengan mulut termuncung-muncung. Tzuyu terdongak lalu tergelak kecil. Fikirnya Mina akan marah dan merajuk beberapa hari dengannya kerana berjauh hati tapi dia silap. Itu Jeon Mina.

Gelaran sahabat, ibu dan kakak semuanya sesuai untuk Mina.

Tzuyu mengangguk kecil tanda dia faham akan pesanan Mina. Jari telunjuknya dihala ke kepalanya.

"Jangan risau. Segala nasihat sudah tertempel dekat sini," ujar Tzuyu diakhiri dengan tawa kecil.

"Ha okaylah kalau macam tu! Jangan cakap kosong je. Aku gerak dulu. Perut ni memang tak boleh sabar dah. Apa-apa jangan roger aku," Mina menepuk perutnya lalu meninggalkan Tzuyu dengan sisa tawa yang tak berkesudahan. Tzuyu hanya tersengih gembira apabila melihat bayang Mina semakin hilang daripada pandangan.

"Jangan roger. Nanti tak sampai setengah jam membebel sebab tak angkat telefon..." Tzuyu menggantung ayat sebelum menyambung ayat seterusnya.

"Terima kasih Mina sebab ada selalu untuk aku. Betapa beruntungnya aku dapat jadi sahabat kau."

Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now