bab 9

34 7 6
                                    

          "BAGILAH buku aku balik! Aku tak ganggu hidup kau pun. Tolonglah!" Rayu Tzuyu sambil meloncat-loncat. Cuba meraih buku latihannya yang dijulang tinggi. Seorang murid lelaki tertawa sinis melihat Tzuyu yang merayu-rayu agar dikembalikan buku latihannya.

Lucas dan Taeyong hanya ketawa besar melihat ketuanya Jeno sedang membuli Tzuyu. Tzuyu berusaha keras untuk mendapatkan bukunya itu tapi usahanya sia-sia kerana tinggi Jeno lebih 20 sentimeter darinya.

"Tolonglah... Aku merayu... Aku perlu hantar kerja sekolah hari ni," rintih Tzuyu sayu. Dia berjaga semata-mata untuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh Cikgu Jihyo. Hari ni, genap dua minggu Tzuyu bersekolah.

Tiada apa yang berubah. Semakin teruk dia dilayan dan dibuli. Waktu rehat dan waktu pulang memang dia akan diganggu sehingga tercedera di mana-mana bahagian anggota badannya. Tertekan Tzuyu setiap hari sehingga Yeeun menjadi mangsa amukannya. Mujur Mina, Chaerin dan Jungkook sentiasa ada buat dia.

Kalau tidak, hidupnya bakal diakhiri dengan bunuh diri. Kedua-dua belah tangan Tzuyu kembali ke sisi. Dia menundukkan pandangannya. Usahanya tidak akan berjaya walaupun dia berusaha sekeras boleh.

"Give me that book," tegas suara seseorang menghampiri mereka berempat. Tzuyu menoleh ke arah empunya suara. Kawan baiknya sudah datang dengan gaya bercekak pinggang. Siapa tidak tunduk kepada Cha Chaerin. Murid perempuan kedua yang terkenal dengan kecantikannya setelah Tzuyu. Namun sekarang dia berada di carta paling atas dan Tzuyu dibawahnya. Eh, tidak!

Tzuyu sudah tidak masuk ke dalam carta. Dulu, kalau dia diganggu pasti akan ada yang membalas untuknya. Sekarang, situasi telah berubah. Dimana semua orang akan mentertawakan dirinya.

"Oh, I'm sorry princess. Nah." Jeno mengalah lalu memberikan buku latihan Tzuyu kepada Chaerin dengan hormatnya.

"Boleh tak jangan ganggu dia. Dia tak kacau hidup kau bertiga pun," balas Chaerin lalu merampas kasar buku latihan tersebut. Jeno tertawa kecil lalu mengenyitkan mata kanannya kepada Chaerin. Chaerin mendengus kasar kemudian menarik tangan Tzuyu pergi dari situ.

"Boleh tak, kau tampar je manusia tak guna yang ganggu kau?" Bangku hijau menjadi tempat Tzuyu merehatkan kakinya. Lebam pada betis masih belum surut namun dikuatkan semangat untuk hadir ke sekolah. Peduli! Peduli! Peduli akan semua rintangan yang cuba melenyapkan impiannya!

"Tak apa. Aku okay."

"Macam ni kau cakap okay? Tunggu apa? Tunggu kau terlantar atas katil baru nak menyesal itu ini?"

"Apa aku boleh buat? Aku tak ada pilihan. Tak ada manusia yang akan berpihak kepada aku."

"Sebab tu aku suruh kau dengar cakap aku! Bila orang kacau dan ganggu kau, kau kena maju! Balas balik! Jangan jadi lembik. Curahkan kemarahan kau kepada mereka! Jangan pendam. Bila kau pendam, kau makin sakit nanti. Dunia tak adil tau Tzuyu. Kalau kau tunduk pada dunia, susahlah. Makin dipijak-pijak kepala kau!" Bebel Chaerin panjang.

Tzuyu termenung lama. Chaerin benar-benar prihatin dengan dirinya. Chaerin sanggup tinggalkan geng sejati dia semata-mata untuk berkawan dengan dirinya yang keseorangan setelah dua orang sahabatnya berpindah ke luar kota.

Hanya seorang saja masih kekal bersekolah di sini, Kim Dahyun yang sudah menjadi musuh ketatnya. Sifat dengki Dahyun kepada Tzuyu membuahkan satu permusuhan yang tidak berkesudahan. Tzuyu benci dengan sahabat yang seperti duri dalam daging.

Tzuyu mengepal penumbuk erat. Betul apa yang Chaerin perkatakan. Kalau asyik tunduk, sampai bila baru nak bangkit pertahankan diri. Mulai sekarang dia akan berubah.

"Aku akan berubah! Aku akan dengar cakap kau, Chaerin!" Chaerin tersenyum kecil lalu menatap pandangan bundar itu.

"Aku akan pertahankan kau sampai bila-bila." Mereka berpelukan di bangku hijau itu.

          "YEEUN mana?" Soal Jungkook perlahan lalu memberikan sekotak susu strawberi kepada Tzuyu yang termenung jauh di gelanggang bola keranjang di hujung perumahan yang bersebelahan dengan taman permainan. Tzuyu kaget dengan Jungkook yang tiba-tiba menegurnya.

Kotak susu strawberi itu disambut sopan. Jungkook melabuhkan punggungnya di sebelah Tzuyu. Sejak malam tteobeoki itu, mereka bertambah rapat. Tzuyu selesa bergaul dengan Jungkook. Hal itu membuatkan dia tidak takut untuk berkongsi masalahnya dengan Jungkook.

Jungkook merupakan pendengar keduanya setelah Mina. Tzuyu bersyukur kerana Tuhan menggantikan Mak cik Noe dengan seorang lelaki yang baik budinya.

"Mina bawa Yeeun pergi ke tempat lain. Dia bimbang saya apa-apa kan Yeeun kalau saya tak dapat kawal diri." Jungkook mengangguk faham.

"Dan kenapa pula awak duduk sini seorang diri. Bahaya." Jungkook menyoal lagi seraya itu telapak tangannya dibawa ke belakang membuatkan tubuh Jungkook condong sedikit. Sisi wajah Tzuyu ditatap lembut.

Timbul simpati dan rasa kasihan sejak mengenali Tzuyu dengan lebih dekat. Jungkook termenung sendiri. Tiada beza dengan dirinya cuma ujian yang berbeza.

"Lebih bahaya kalau duduk seorang diri dekat rumah. Saya boleh buat macam-macam perkara yang tak terjangka." Senada Tzuyu menuturkan.

"Apa pula masalah hari ni?"

"Jungkook, perlu tak saya bangkit mempertahankan diri saya? Perlu tak saya tampar seorang demi seorang yang menganggu hidup saya? Saya penat. Lebih bagus saya akhiri hidup saya secepat mungkin." Hiba Tzuyu meluah. Bibirnya menggigil takut. Tangannya terketar-ketar.

"Tak perlu. Karma akan datang. Cepat atau lambat saja. Kan saya dah pesan, peduli semua tu." Kepala Tzuyu menoleh ke arah Jungkook serentak itu mata mereka bertentangan.

"Awak tak faham sebab awak tak duduk dalam situasi saya."

"Situasi lebih rumit jika awak libatkan diri dengan pergaduhan. Stay cool. Pura-pura awak tak ambil kisah walau seribu kali mereka menganggu awak. Mereka akhirnya akan mengalah dengan sendiri." Tzuyu terkelu. Redup mata Jungkook saat ini. Dia tenang dan selesa dengan sepasang mata milik Jungkook.

"Yang ganggu awak ni satu sekolah atau orang yang sama?"

"Beberapa orang yang sama dan satu sekolah akan ketawakan saya."

"That's the point. Saya harap awak kekal dengan diri awak. Nama awak akan buruk kalau awak melawan mereka. Luar sekolah, awak boleh kongsi dengan saya dan Mina. Saya tak kenal siapa Mina tapi saya yakin dia ialah orang yang boleh awak percayai. You can't keep it all inside, you know? Bottling it up won't do any good."

Tzuyu menyepi. Dia pun ada tahap kesabaran. Dalam diam mengeluh, bebola mata bergerak melihat wajah Jungkook yang tenang itu. Ucapannya tidak pernah tidak ikhlas.

"Look, I know we don't know each other that well but I'm still worried about you. No one deserves to be alone. Kita kan kawan."

Dada Tzuyu berdebar kencang. Adrenalin yang melalui pembuluh darah semakin laju bergerak. Satu saat pun matanya tidak melepaskan peluang untuk mengamati wajah milik lelaki itu. Hanya statik memandang Jungkook.

Keadaannya yang ketakutan dan resah beransur-ansur hilang. Susu strawberi diambilnya lalu diminum rakus. Membahang dirinya saat Jungkook juga menatap wajahnya. Perasaan rindu mula menjalar hebat dalam dadanya.

Rindu diamati oleh sang suami.

"By the way, awak tak pernah kongsi langsung pun pasal diri awak kepada saya. Adil ke macam tu?" Tzuyu menukar topik perbualan. Berkawan dengan Jungkook genap dua minggu tapi tentang Jungkook langsung dia tak tahu. Berbeza dengan dirinya, hampir 70 peratus maklumat tentang dirinya diketahui Jungkook.

Salah dia yang mudah memberi maklumat atau salah Jungkook yang suka bertanya?

Dia hanya tahu nama penuh Jungkook dan tempat kelahiran Jungkook, Busan. Lain, korek dalam pun belum tentu jumpa.

Sikapnya yang berahsia dan pandai menjaga privasi. Wah, buat apa nak dirahsiakan kalau dah berkawan! Seolah-olah dirinya ini tidak sesuai untuk diberitahu masalah.

"Kalau gajah lalu titi, titi patah. Kalau kambing lalu titi, apa yang jadi?"

Tzuyu menggulingkan matanya. Penukar topik kelas atasan itu Jeon Jungkook. Baru saja hendak memukul Jungkook, Jungkook sudah lesap dari pandangan.

"Yah, Jeon Jungkook!"




Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now