bab 32

33 9 12
                                    

Yeseul merengus geram. Dia sanggup pergi esok hari kerana kemunculan perempuan yang dia tak suka. Perempuan yang telah merosakkan hidup abang. Entah... Entah mengapa hati Yeseul sakit sekali. Yeseul sayang Jungkook. Kadang rasa itu melebihi paras abang. Dia tak mahu lelaki itu berhubungan dengan mana-mana perempuan kerana sungguh dia merasakan yang Jungkook hanya milik dia seorang.

"Abang... Perempuan tu tak reti balik lagi ke?" tanya Yeseul separa tak puas hati. Tzuyu masih berada di luar rumah walaupun malam telah menjelma. Puas dihalau tetap juga tak pergi. Cuaca pada malam ni nampak nak hujan.

"Biarlah dia." Hanya itu saja balasan daripada Jungkook yang sedang menyusun makanan di atas meja makan.

"Tak boleh abang! Hati Yeseul ni tak tenang selagi dia tak berambus. Dasar tak malu! Dia ingat dia tu siapa? Kenapa abang boleh kahwin dengan dia hah?" Yeseul menyoal lagi. Yeseul masih tak tahu punca mengapa mereka berdua berkahwin. Yeseul hanya tahu mengenai perpisahan mereka berdua dan betapa kejamnya seorang Tzuyu menghancurkan hati abangnya. Itu saja yang dia tahu.

Perbuatan Jungkook tergendala. Dia jeda.

"Macam manalah abang boleh nak kahwin dengan dia? Setahu Yeseul abang ni susah tau nak jatuh cinta! Abang sendiri cakap kalau dah sayang baru kahwin!" leter Yeseul lagi. Kuat. Dia mahu Tzuyu dengar. Jungkook hanya mendengar. Tak mahu membuka mulut.

Cuaca malam itu memang tepat sekali. Kilat dan guruh saling menyambung. Tak lama itu, hujan turun dengan lebat sekali. Yeseul tersenyum suka. Kalau begitu, biar Tzuyu mati kesejukan! Ya tuhan, minta-mintalah abang tak kasihan!

Yeseul mencuri pandang Jungkook. Kelihatan tak duduk diam. Gelisah tak tentu hala. Mata Jungkook pula asyik melihat keluar. Yeseul mula rasa sesuatu dan makin kuat rasa itu tatkala langkah kaki abangnya menghala ke arah pintu.

"Abang nak pergi mana?" keras suara Yeseul bertanya.

"Abang tak payah nak mengada! Elok perempuan tu mati kesejukan. Abang... Please, jangan kesiankan dia. Ingat apa yang dia dah buat dekat abang!"

"Yeseul... Macam mana orang buat jahat dekat kita sekalipun... Kita siapa nak menghukum? Yeseul, mendiang mak dengan ayah tak ajar Yeseul macam ni." Impaknya beratus-ratus carutan keluar daripada mulut Yeseul.

Jungkook membuka pintu rumah. Berderau darahnya melihat Tzuyu. Hatinya bergetar hiba. Tzuyu sedang bersandar pada dinding sambil memeluk lutut sendiri. Tubuhnya basah lencun. Terus dia merapati Tzuyu. Lengan Tzuyu dipaut. Sejuk. Tzuyu yang merasakan kehangatan itu terus mendongak perlahan. Kelopak matanya perlahan-lahan mencelik. Sebuah senyuman lemah terukir apabila matanya melihat Jungkook.

"Say... Saya mengalah. Dekat sini mana homestay terdekat. Se... Sejuk," rengek Tzuyu. Tubuhnya mula menggigil kesejukan. Dia pula memaut lengan Jungkook. Sungguh, ketika itu sebak mencengkam dada Jungkook. Matanya berkaca-kaca. Tanpa bicara, dia terus memapah Tzuyu masuk ke dalam biliknya.

JUNGKOOK meletakkan Tzuyu di atas kerusi yang ada di dalam biliknya. Almari dibuka lantas sehelai tuala dicapainya. Dia membalut tubuh yang mula menggigil kuat itu. Bibir Tzuyu sudah membiru pucat. Jungkook capai sehelai lagi tuala lalu dikeringkan rambut Tzuyu yang terang basah. Muka Tzuyu dilap sama.

"Sejuk... Grr... " Tak lepas bunyi itu keluar daripada mulut Tzuyu.

"Saya dah letak baju dan seluar atas katil. Awak tukar baju yang basah tu. Nanti baju basah tu letak dalam bilik air. Nanti saya hantar makanan. Rehatlah dalam bilik ni." ujar Jungkook tenang. Tzuyu menggeleng.

"Sejuk... Nak awak peluk saya." rengek Tzuyu dengan mata yang kuyu.

"Nak awak tukar baju saya."

Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now