bab 30

37 8 17
                                    

"A... Aku baru je sampai. Kau buat apa de... Dekat sini?" Chaerin berkata gagap. Nampak gabra. Aku memandang sisi kanan dan kiriku.

Dia nampak hantu ke.

"Kau nampak hantu ke?" Soal aku risau. Pergi mengejut sebab sambung belajar dan aku terkejut sebab jumpa dia dekat hotel appa.

"Aku terkejut tengok kau je." Katanya dan ketawa kecil. Dahi aku berkerut. Ketawa seperti ketawa palsu. Aku menghulurkan tuala dan sabun mandi tadi kepada Chaerin.

"Ini tua..."

"Baby... Oh baby... Apa ni lama sangat..." Aku tersentak. Suara yang cukup aku kenal. Aku melihat Chaerin kembali.

Dia sedang menyelit rambutnya di belakang telinga dan tika itu muncul wajah yang menghilang dan sentiasa berdalih untuk berkahwin dengan aku.

Luhan.

Rahang aku jatuh. Seakan nafas tersekat-sekat melalui kerongkong. Aku seakan tercungap-cungap mencari nafas yang hilang apabila melihat gerangan yang duduk sebilik dengan Chaerin.

"Luhan, what are you doing here?" Aku menekankan setiap patah perkataan itu. Jelas terpancar riak ketakutan pada mukanya. Tidak pula Chaerin, selamba seakan tak bersalah.

"Saya boleh jela..."

"Nak jelaskan apa lagi, honey? Biar I je yang buka cerita, okay?"

Aku melongo tak faham tapi aku yakin a... Ada agenda di sebalik semua ni.

"Apa semua ni?"

"Tzuyu, sebelum aku buka cerita. Kau jangan marah tau. Kisah dia bermula bila kau nak masuk sekolah semula. Aku macam tergugatlah sikit. Kau kan queenka sekolah. Sebenarnya... Aku reka cerita dekat semua orang betapa buruknya kau."

Tergamam aku. Aku menggeleng. Mungkin aku berhalusinasi. Mungkin fikiran negatif aku mula datang.

"Aku macam kurang bahagia sikit bila dapat tahu kau ada Mina dan Jungkook untuk jadi sumber kekuatan kau. Aku mula tak senang duduk. Bila aku berjaya buat kau stres dan cuba bunuh diri, alamak jantan tak guna tu boleh pula selamatkan kau."

"Lepas tu, aku tahu kau pun ada hati dengan Jungkook and then aku siasat siapa sebenar Jungkook. And yes sebab dia kacau rancangan aku, biar aku sengsarakan hidup dia dan kau. Aku dapat tahu malam kita nak study, malam tu juga Jungkook keluar lepak dengan kawan dia. Sebab aku tahu mana dia orang nak makan so aku decide untuk khayalkan Jungkook dan hantar dekat pintu rumah kau."

"Seronok tengok kau kena rogol dengan Jungkook dekat ruang tamu. Kesian. Aku masuk rumah kau sebab nak buka pili air. Nak bagi anak kau mati lemas. Aku macam nak menangis gembira sebab rancangan aku berjaya."

"Sebab kau ni mudah untuk aku hasut. Aku tahu kau akan benci Jungkook dan aku tahu lelaki jenis Jungkook memang akan cepat rasa bersalah dan akan datang untuk bertanggungjawab. Kau mana terima kan? But, yeah aku hasut kau supaya terima lamaran Jungkook. Cuba buat kau berdendam dan benci seterusnya hancurkan hidup Jungkook dengan tindakan kau sendiri."

"Tak seronok pula dengar bila Jeon Jungkook boleh tundukkan isteri dia. Wow, aku respect gila dengan Jungkook tapi aku macam tercabar untuk buat benda baru."

"Kau dah termakan kata-kata aku untuk berbaik dengan Jungkook melalui hubungan intim. Aku tahu kau pun cintakan dia and dia pun cintakan kau. Makin senang kerja aku. Actually, kondom tu aku dah tebuk sikit. So, mungkin sperma suami kau terlepas."

"Aku kan pernah tanya, macam mana kalau Luhan datang balik but aku suruh kau ignore kan?"

"Kesian Jungkook, dahlah datang dari keluarga miskin. Mak ayah sakit. Ada adik yang kena tanggung. Tanggung pula bini dia yang mental tak betul."

Terduduk aku. Tertampar dengan segala yang diperkatakan oleh Chaerin. Terlepas segala tangisan aku. Aku tak kuat.

"Dahlah baby."

"Oh ya, banyak betul kejutan aku nak bagi tapi penatlah air liur nak bercakap je. Honey, cerita sikit dekat dia."

Aku mendongak. Luham menggeleng melihat Chaerin.

"Luhan wujud dalam hidup kau pun sebab aku. Luhan sebenarnya kekasih aku... Jadi... Kira aku baiklah sebab sudi berkongsi dengan kau. Aku hadirkan dia dalam hidup kau. Berlakon cintakan kau. Kahwin lepas kahwin mengandungkan kau. Omma, appa dengan sekolah buang kau. Lepas tu, Luhan tinggalkan kau."

"I did it."

"Daripada dua orang sahabat kau pindah lepas tu aku wujudkan fitnah merata tentang Dahyun, member rapat kau. Wau, cepat kau percaya orang lain daripada member sendiri."

"Mina pun sekarang dah gaduh dengan kau kan?"

"Buli dekat sekolah pun..."

Aku menggeleng tak mahu.

"Kenapa? Aku kan sahabat kau, Tzuyu. Kau patut tahu agenda baik aku selama ni. Aku buat ni sebab aku iri. That's all."

"Cu... Cukup! Aku tak nak dengar! Aku tak nak dengar!" jerit aku tak mahu. Chaerin ketawa besar. Lebar senyumannya melihat aku begini.

Dia tetap buka cerita dari awal hingga akhir ini. Segala insiden dalam hidup aku, direncanakan oleh dia sendiri bersama Luhan, Stella, Jaerim dan Irish.

Apa yang pasti aku dah tak kuat untuk bernafas lagi. Aku malu. Aku benci. Aku takut. Aku kecewa.

Malu dengan semua manusia yang percaya aku.

Benci dengan diri sendiri.

Takut untuk hidup lagi.

Kecewa saat ini direncanakan.

Hanya satu yang bermain difikiran aku. Jeon Jungkook.



Bab 31 : Buku ni cecah 170 votes.

Thank you.

Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now