bab 17

32 7 3
                                    

           SEMINGGU duduk bersama, tiada apa yang berubah antara mereka berdua. Perangai Tzuyu yang suka mengarah semakin menjadi-jadi sehingga memberi beban kepada Jeon Jungkook. Lelaki itu dalam diam menderita dengan sikap Tzuyu. Pada mulanya, sering saja Jungkook membantah tapi akhir-akhir ini, dia hanya menurutkan saja apa yang disuruh oleh Tzuyu.

Nanti kalau tak diturut, tercebik mulut Tzuyu tak puas hati. Hatinya mula ikhlas. Reda dengan takdir yang menemuinya. Tzuyu yang khusyuk membuat kerja sekolah tiba-tiba muncul dengan kehadiran Jungkook yang meletakkan susu panas di atas meja belajarnya. Susu itu dipandang Tzuyu, terimbau memori beberapa hari lalu yang terjadi kepadanya.

Tzuyu memeluk lutut erat. Bersandar pada dinding dengan kepala yang berehat di atas kepala lututnya. Suara tangisnya tenggelam dek hujan lebat di luar rumah. Wajah Tzuyu menerpa tak henti-henti dalam kotak ingatannya. Dia rindu. Dia rindu dengan mendiang Tzuyu.

"Tzuyu? Suara awak ke tu?" Hadir Jungkook di sebalik tirai antara mereka. Lampu bilik dibuka terus tubuh Tzuyu dihampiri. Jungkook bercangkung. Menyamai posisi kepalanya dengan kepala Tzuyu.

"Awak menangis. Kenapa Tzuyu? Awak sakit?" Risau Jungkook bertanya. Ingin dipegang tapi dia belum lupa batas yang perlu dia jaga. Dia hanya memerhati keadaan Tzuyu yang teresak-esak. Tzuyu mendongak kepalanya. Wajah sembap Tzuyu menyapa kornea mata Jungkook.

"Aku rindu Yeeun." Sebaris ayat yang keluar sudah cukup membuatkan dada Jungkook bergetar hebat.

"Aku nak jumpa Yeeun. Boleh kau bawa aku pergi sana?"

"Malam ni hujan lebat. Saya takut awak demam kalau kita pergi perhentian bas. Awak pun tahu yang saya tak ada kenderaan nak bawa awak pergi sana. Payung tak cukup nak melindungi awak daripada terkena air hujan. Saya bawa awak esok lepas waktu sekolah habis. Boleh Tzuyu?"

Tzuyu mengangguk faham. Deraian air mata dikesat dengan lengan bajunya. Tzuyu melihat tangan Jungkook yang ingin menyentuh ubun kepalanya namun terhenti. Entah mengapa hati Tzuyu menjerit kecewa.

"Kerja sekolah dah siap?"

"Be... Belum. Tak ada semangat nak sambung."

"Kenapa pula? Mana impian awak nak kembali kepada keluarga awak semula? Mana impian awak nak melanjutkan pelajaran ke luar negara? Tzuyu, saya akan selalu ada untuk awak walaupun kehadiran saya tak memberangsangkan langsung. Kalau awak penat, tidurlah. Saya kejutkan awak awal pagi esok." Tenang lelaki itu berbicara bikin hati Tzuyu menangis kecil.

Sudah tiga hari dia ciptakan neraka buat Jungkook namun lelaki itu masih bersabar dan berlembut dengannya. Dia tahu apa yang Jungkook lakukan hanya berlandaskan kasih sayang kepada seorang adik.

"Aku nak susu panas."

"Setiap malam saya janji saya akan buatkan susu panas untuk awak." Jungkook berkata bersama senyuman manis. Akhirnya dia menyentuh jua ubun kepala Tzuyu.

"I'm sorry tapi saya nak sentuh juga."

Hati Tzuyu berdebar kencang tatkala memori itu kembali tertayang pada mindanya. Gelas susu dicapai lalu diteguk rakus. Matanya meliar ke arah Jungkook yang sedang menonton televisyen dengan volume perlahan tapi ada satu benda yang menarik perhatiannya.

Jungkook bukan tonton televisyen tapi televisyen yang tonton dia. Jungkook sedang khusyuk menulis sesuatu pada buku kecil kemudian berselang-seli melihat telefon.

"Jungkook, duit extra kelas mana?" Jungkook menutup buku kecilnya seraya meletakkan telefonnya di atas meja. Tengkuknya digosok.

"Kalau tak ada duit cakap jelah. Tak payah nak cakap esok lepas tu esok lepas tu tak ada," kata Tzuyu lagi. Jungkook menunduk ke arah lantai.

"Kalau saya minta tempoh, boleh awak bagi? Kelas tambahan tu, boleh tak awak tangguh dulu. Biar saya selesaikan mana yang patut saya selesaikan dulu." Tzuyu meletakkan gelas kosong di atas mejanya semula. Dia memangku dagu lalu merenung anak mata Jungkook.

"Nak berapa lama? Sehari cukup?"

"Ta... Tak. Tak secepat tu. Sebulan boleh?"

Bukan hanya Tzuyu seorang saja ada di fikirannya. Keluarga yang sememangnya bergantung penuh dengannya patut difikirkan. Takkanlah bulan depan kena kurangkan jumlah seperti biasa yang sememangnya tidak cukup untuk sebulan. Dia pun ingin Yeseul mengambil kelas tambahan tapi mengenangkan statusnya yang sudah berubah.

Dia tahu. Dia harus mengutamakan Tzuyu. Jungkook tertunduk malu. Sebab ini salah satunya dia menutup hati daripada terdetik untuk bercinta apatah lagi berkahwin. Dia tahu dia tak akan mampu untuk melayani kekasih hati persis seorang bidadari.

"Saya minta maaf sebab tak mampu untuk laksanakan permintaan awak sepenuhnya. Sa... Saya memang lelaki tak guna," ujar Jungkook perit. Sememangnya otak Jungkook berkecamuk.

Duit sewa bulan ini baru separuh dibayarnya. Penghujung bulan empat hampir berakhir, dia tak mahu hutangnya terus bertambah walaupun pemilik rumah sewa terlalu baik hati.

"Saya cuba Tzuyu. Saya cuba penuhi permintaan awak demi mendengarkan tiga perkataan daripada awak."

"Tch. I love you? Berangan jelah," Tzuyu berdecit lalu ketawa kecil. Reaksi Jungkook membuatkan ketawanya mati.

"Demi sebuah kemaafan yang ikhlas daripada awak."

          "SO? Sekarang ni kau dah kahwin dengan lelaki tu?" Mina menyedut minuman bergas sedikit demi sedikit. Tzuyu mengiyakan sahaja pertanyaan Mina.

"Tapi aku terima perkahwinan ni sebab nak lunaskan rasa benci. Sometime aku rasa benci aku tak menjadi. Makin lama makin terhakis sebab layanan dia yang ikhlas pada mata aku," luah Tzuyu apa yang terbuku di hatinya. Come on lah tak sampai sebulan kot! Tak akan nak jadi baik macam dah lupakan semua agenda jijik Jungkook! Mina hanya menggeleng tak percaya.

"Tzuyu, maybe betul apa yang dia cakap. Dia kena sabotaj. Tzuyu, jangan berdendam. Dendam tak bawa ke mana sebaliknya merosakkan diri kau. Setahu aku, kau ni pemaaf orangnya. Tak pernah berdendam even orang buat macam-macam pada kau. So, tell me siapa ajar kau untuk jadi manusia yang berdendam ni?"

"Apa yang dia buat kepada aku bukan sekecil kuman, Mina. Aku hilang anak aku selamanya. Chaerin pun sokong dengan tindakan aku. Aku patut buat dia sengsara. Rasa apa yang aku rasa."

"Aku tahu kau masih tak boleh terima lagi kehilangan Yeeun tapi hidup perlu diteruskan. Aku mungkin tak dapat selami hati dan perasaan kau yang melalui tapi aku tahu seorang Tzuyu kuat. Lupakan semua ni dan anggap Jungkook hadiah daripada tuhan sebagai ganti kehilangan Yeeun."

Tzuyu termenung kecil. Kentang goreng yang terhidang di hadapan mata tidak menarik langsung nafsu makannya. Kepalanya asyik memikirkan Jungkook. Tzuyu menggeleng. Tidak semudah itu dia akan memaafkan Jungkook. No, tak boleh tewas!

Dia harus mendera lagi perasaan Jungkook. Dia pasti Jungkook hanya berpura-pura menunjukkan layanan yang baik kepadanya demi satu kemaafan padahal langsung tak ikhlas. Tzuyu bersemangat meneruskan sesi mendera emosi Jungkook.

"Kau jangan macam-macam tau. Jangan sampai menyesal dengan apa yang kau buat pada dia. Jangan kerana kesalahan dia tu, kau lupakan terus kebaikan dia selama ni. Kau kena ingat, dia yang selamatkan kau. Fikirlah perasaan dia. Tutup sejarah hitam ni dan cuba bahagia. Maybe, dia adalah jodoh sebenar-benar kau." Mina bersuara tatkala Tzuyu mengukirkan senyuman sinis. Dia tahu apa yang ada di fikiran Tzuyu.

Tzuyu dan fikiran negatif tak mampu berjauhan. Dia sendiri pun tak tahu macam mana nak nasihatkan Tzuyu. Dulu, tak adanya macam ni. Sejak dia masuk sekolah, fikiran negatif Tzuyu makin menjadi-jadi. Mungkin suasana sekolah membuatkan Tzuyu tertekan. Perangai dia pun dah banyak berubah.

"Aku suka buat macam tu. Aku gembira bila ada someone yang tunduk dengan arahan aku."





Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now